Kisah ni dah lama..tapi aku nak taruk gak utk tatapan pembaca.Apa2 pon,citer ni memg best + seram.
Tika ini , kecoh mengenai sebuah rumah berhantu di Shah Alam.Apa yang
menariknya , tuan rumah hanya mengenakan sewa bulan sebanyak RM 50
sahaja.Amatlah tidaklah logik kerana kadar sewaan di Shah Alam biasanya
Mahal!
Adakah benar ianya berpenunggu ?
Ikuti cerita selanjutnya… Jika anda mempunyai cerita yang menarik mengenai rumah sewa ini , silakan berkongsi dengan kami.
Sembilan tahun lepas aku dapat sambung belajar di UiTM Shah Alam. Jadi
perkara pertama yang perlu difikirkan adalah tempat tinggal sebab aku
tidak dapat hostel. Oleh sebab kerajinan & keprihatinan aku dan
kawan-kawan,maka dapatlah kami rumah sewa, berdekatan seksyen 2.
Berhampiran dengan Wet World [kalau korang tahu la].
Rumah tu banglo 2 tingkat 4 bilik. 3 bilik dekat atas dan 1 bilik dekat
bawah. Kami semua berlapan,kiranya 2 orang untuk 1 bilik lah. Aku
ringkaskan sajalah, kami masuk rumah tu dengan perasaan berbelah bahagi;
gembira, suka, pelik, rimas, takut semua ada.
- Pertama,tuan umah hanya kutip rm50 saja sebagai deposit dan sewa
pertama hanya bayar bila masuk bulan kedua kami duduk rumah tu. Kiranya
bulan pertama percuma lah….[?]
- Kedua,tuan rumah tak bagi kami bawa barang banyak-banyak sebab nanti penat nak angkat balik, terangnya…
- Ketiga,pokok ara tepi umah tu sangat besar sampai dahannya boleh masuk tingkap bilik atas.
Malam pertama duduk rumah tu kami tidak tidur sebab sibuk punggah
dan kemas barang serta layan serta layan dvd korea. Cerita seramnya
berlaku semasa hari kedua. Tak payah nak tunggu malam, siang-siang pun
kami dah kena kacau. Azmi “dagu” orang pertama kena.
Masa tu baru pukul 10.30 pagi [anggaran aku la], si Azmi ni bangun nak
buang air besar. Jadi dia pergilah bilik air di bawah tu tapi ada orang
di dalam [sebab pintu tertutup]. Bilik air atas rosak, tuan umah kata
nanti dia akan betulkan. Tunggu punya tunggu, tak keluar-keluar orang
dalam tandas tu. Jadi Azmi ni memekik la suruh cepat sikit keluar sebab
dia tak tahan. Akibat jeritan si Azmi ni, habis satu rumah bangun pergi
tengok apa hal. Yang peliknya, kami berlapan semua ada, habis siapa dlm
tandas ni? Pintu tandas berkunci siap ada bunyi orang flush jamban lagi.
Dalam ramai-ramai ni,Lan seorang saja yg berani sikit [mungkin fasal
dia ni keturunan bugis], dia rentap pintu tandas tu sampai terbuka. Tak
ada orang tapi daripada kesan yang ada,pintu tu memang dikunci daripada
dalam. Akhirnya Azmi tak jadi berak, mungkin sebab takut.
Malam tu kami kena lagi teruk.
Masa aku nyenyak tidur malam tu tiba-tiba ada orang tarik kedua-dua
belah kaki aku sampai aku terjatuh katil. Kepala aku terhentak dulu di
lantai! Apa lagi,angin la aku sebab ingat budak-budak nak main-mainkan
aku tapi bila bangun tak nampak orang pulak. Yang ada cuma Lan yang
tengah membuta dekat katil atas. Aku tak rasa Lan yang buat sebab mesti
dia tidur mati. Bila aku keluar bilik, aku dengar budak-budak tengah
ketawa. Rupanya diaorang tengah layan DVD dekat hall bawah. Aku pun
masuk bilik balik sebab masih bingung tapi baru ak perasan masa aku
tengah jengah ke bawah tadi aku perasan Lan ada!! Bukan ke tadi aku
nampak dia tengah membuta dalam bilik? Ahh sudah. Dengan perasaan
berani-berani takut aku tengok atas katil Lan ada bonjol bawah
selimut,kiranya macam ada orang lah. Aku tarik kain selimut tu and guess
what? Ada batu nisan yang dah retak dan secara automatik bilik aku
diselubungi bau hapak dan hanyir yang menusuk.
Masa ni jangan tanya aku lah apa aku buat sebab kalau benda ni jadi
dekat korang pun takkan nak tinggal dalam bilik tu lagi betul tak? Aku
rasa kaki aku dah tak jejak tanah sebab lari laju sangat. Aku lari
keluar bilik tu dan pergi ke hall sebab nak beritahu kawan-kawan aku
tapi yang macam haram jadahnya tak ada seorang pun ada dekat hall. Nak
tahu man diorang pergi? Semua dah duduk dekat luar rumah! Rupanya
awal-awal lagi diorang dah kena kacau. Yang laknatnya, tak ada seorang
pun nak kejutkan aku….taik betul diorang ni.
Lepas diorang tenangkan aku, kami berbincang nak buat apa sebab sekarang
sudah pukul 3 pagi. Nak minta tolong tok imam,rumah tok imam pun kami
tak tahu. Nak minta tolong jiran, kiri kanan rumah kami cina. Akhirnya
Salleh ajak lepak restoran Hakim sampai pagi. Bunyinya macam senang tapi
masing-masing semua tak pakai baju dan pakai boxer dengan kain pelekat
saja. Mahu tak mahu terpaksalah kami masuk rumah tu balik sebab nak
ambil seluar, dompet dan kunci motor.
Oleh sebab bilik Bob dan Naim saja yang ada di bawah, maka kami ambil
keputusan nak pinjam baju n seluar mereka. Masing-masing takut nak naik
tingkat atas. Dompet pun aku tinggal. Masing-masing berpakat guna duit
Naim dahulu. Nasib baik kunci motor kami sangkut dekat dinding [tempat
penyangkut]. Masa nak keluar dari rumah tu, Wak perasan ada budak
perempuan dekat pintu dapur tengah senyum sambil lambai tangan dekat
dia. Aku pun terperasan budak tu juga lepas aku tengok muka Wak bertukar
pucat lesi. Senyuman budak tu buat aku rasa macam nak terkincit dalam
seluar. Kepala lutut aku menggigil sampailah dekat restoran Hakim!
Lepas sampai restoran Hakim, masing-masing sibuk buka cerita termasuk
aku sekali lah. Mula-mula Wak cerita, malam tu lebih kurang pukul 12
lebih,dia sibuk download lagu tiba-tiba ada bunyi macam orang baling
batu dekat tingkap bilik dia. Bila dia jengah,dia nampak ada seorang
perempuan duduk dekat atas pokok kayu ara sebelah rumah tu, pakai baju
putih kekuningan dan koyak-koyak dengan rambut panjang. Yang
sadisnya,perempuan hodoh tu boleh senyum dekat dia pulak. Wak ni apa
lagi terus tutup tingkap dan keluar pergi bilik dia n terus pergi bilik
aku lah kononnya. Malangnya, lagi seekor hantu pulak duduk dekat depan
pintu bilik dia tapi kali ni hantu budak. Jadi dia ambil keputusan
terjun tingkap bilik dia ke bawah. Akibatnya, kaki dia terkehel. Nasib
baik tak patah.
Azmi “dagu” pula cerita dia nampak ada budak perempuan lambai tangan
dekat dia [yang ini, aku pun kena juga ok]. Aku pasti budak itu bukan
manusia sebab dia tak ada kaki! Sam pula cerita dia nampak hantu tu
dekat siling umah! Bila buka saja mata, hantu itu betul-betul “eye to
eye” dengan dia. Kiranya semua kena kacau lah ni. Dan aku orang akhir
sekali cerita. Aku cakap lah dua-dua kaki aku kena tarik masa tidur
sampai kepala aku terhentak dekat lantai. Lepas itu aku cakap lah yang
aku nampak diorang tengah layan dvd dekat Hall tapi Azmi tiba-tiba
menyampuk “Bila masa pulak kami tengok dvd ?”. Rupa-rupanya tiada
seorang pun yang tengok dvd pagi tersebut! Jadi, siapa yang aku nampak?!
Haru betul…..kaki aku yang dari tadi menggigil makin bertambah kuat
gigilnya.
Tengah sibuk berborak,aku terbau sesuatu yang kurang enak. Kawan-kawan
aku yang lain pun terbau juga. Rupanya Azmi ni tadi dah terkencing dalam
seluar sebab takut sangat. Nasib baik malam tu tak ramai sangat orang
dekat Restoran Hakim tu. Malu betul! Aku pulak ternampak Sam pakai
selipar sebelah lain. Daripada sibuk-sibuk bercerita seram terus jadi
cerita kelakar pulak.
Tengah ketawa, baru kami perasan Salleh dengan Naim tak ada bersama
kami. Yang ada cuma kami berenam. Aku, Azmi Dagu, Sam banjar,Wak, Bob
dengan Lan. Dalam ramai-ramai tu cuma Bob seorang yang bawa HP, jadi
kami cuba telefon Naim tapi tak ada orang angkat. Telefon Salleh pula,
sama juga tak ada orang angkat. Kemudian Lan ambil HP Bob tu, dia baca
apa entah agaknya lepas tu tahu apa jadi? Dengar suara perempuan
menggilai! Gila-gila punya ngilai sampai meremang bulu roma aku. Kami
berenam terus terdiam. Akhirnya kami sepakat akan tunggu sampai pagi
esok baru balik rumah itu semula dan cari Naim dengan Salleh. Lepas
dengar suara perempuan menggilai dalam HP tu, tiada seorang pun yang
buka mulut sehinggalah subuh!
Pukul 7.30 pagi baru kami blah dari Hakim. Hati aku masih lagi kuat
berdebar-debar. Yang lain-lain aku tahulah. Sampai dekat depan rumah,
aku tengok pintu rumah dengan pagar terbuka seluas-luasnya. Kalau
pencuri masuk ni, memang dia akan kaya sebab laptop, wallet dengan HP
kami semua dibiarkan macam itu saja. Bulu tengkuk aku masih lagi
meremang. Tak ada seorang pun berani masuk rumah itu dahulu Aku ingat,
ada lah 20-30 minit kami duduk tercangak-cangak dekat depan rumah sebab
tak berani masuk. Entah macam mana agaknya HP Bob berbunyi.
Hati aku da x sedap. Jangan la kata hantu tu yang telefon masuk umah.
Lan angkat. Sebenarnya dalam ramai-ramai, Lan lah yang paling berani
tapi kadang-kadang penakut juga lah. Pihak hospital telefon, katanya
Naim ada di wad kecemasan hospital Klang. Kemalangan katanya. Pihak
hospital kata, ada miss call dari nombor hp Bob, sebab itu dia telefon
nombor Bob. Oooo baru aku faham. Yang peliknya Naim kemalangan?
Masing-masing serba salah jadinya. Bingung pun ya juga. Tak tahu sama
ada nak melawat Naim di hospital Klang atau cari Salleh yang hilang.
Akhirnya kami telefon tuan rumah untuk tengok apa yg patut. Aku dengan
Sam pulak pergi hospital Klang tengok keadaan Naim. Kalau memang tenat
sangat, aku akan beritahu yang lain suruh datang. Yang lain aku suruh
cari Salleh keliling umah, takut-takut dia kena sorok. Kami
masing-masing hanya bertawakal. Masa dalam perjalanan ke hospital Klang,
aku pun tak tahu Sam pecut sampai berapa tapi hati aku masih lagi kuat
mengatakan bahawa perkara ini belum habis lagi.
Sampai hospital,aku terus cari Naim. Sebak sungguh hati aku tengok
keadaan Naim yang parah. Kaki dia teruk. Doktor kata kena lenyek dengan
kereta atau sesuatu. Kes langgar lari. Naluri aku kuat mengatakan bahawa
umur Naim ni tak panjang sebab darah keluar membuak-membuak. Sam tak
sanggup tengok, air mata dia berjurai-jurai keluar. Doktor pun cakap
Naim ni sudah nyawa-nyawa ikan, tak dapat nak tolong banyak. Aku duduk
tepi Naim, dia boleh bercakap lagi tapi sangkut-sangkut. Dia mintak maaf
sebab menyusahkan kami. Berulang-ulang kali dia minta maaf tapi aku
masih lagi tak dapat tangkap apa yang dia cakap. Akhirnya dia meninggal
juga. Aku gagahkan hati aku telefon kawan-kawan yang lain beritahu
kematian Naim. Aku tengok Sam terduduk tepi balkoni dengan mata merah
sebab nangis banyak sangat. Tak lama lepas itu keluarga Naim datang. Aku
tak anggup nak tunggu lagi dan ajak Sam balik Shah Alam.
Sampai dekat rumah, aku tengok ramai gila orang tengah cari Salleh tapi
tak jumpa-jumpa. Habis satu umah digeledah. Akhirnya ada orang tua dekat
situ minta tolong dengan seorang ustaz. Aku tak ingat apa nama ustaz
itu tapi lepas Asar baru kami jumpa Saleeh duduk dekat atas busut
belakang rumah. Yang hairannya, sudah 5,6 kali orang cari tapi tak ada
pula jumpa dia dekat situ. Tak kisahlah janji dapat jumpa balik Salleh.
Kami semua ambil keputusan pindah dari rumah hari itu juga. Kebetulan
dekat seksyen 7 [pintu belakang UITM] ada satu rumah untuk disewa, jadi
kami pindah situ lah. Barang-barang Naim kami angkut sekali. Terus
terang aku cakap, memang aku angin gila tengok muka tuan rumah sebab tak
beritahu yang rumah ini “keras”.patut lah dia suruh bayar rm50 saja
dulu dan tak bagi bawa barang banyak-banyak. Chisss……
Aku demam 3 hari.
Jenazah Naim selamat dikebumikan di Raub,Pahang.
Seminggu lepas Itu,keadaan sudah ok sikit cuma Salleh saja yang
sakit-sakit badan. Akhirnya mulut aku tergerak nak tanya Salleh apa yang
berlaku sebenarnya sebab sebelum Naim meninggal dia ada cakap dekat aku
suruh tanya Salleh satu rahsia. Rupanya masa hari pertama kami masuk
rumah tu, Naim dengan Salleh sudah buat hal. Dia cangkul busut dekat
belakang rumah tu. Naim pula kuis-kuis dengan kaki dia. Mungkin sebab
itu lah kaki dia parah [dalam hati aku lah]. Kemudian Salleh cerita,kn
ada malam yg kitorg satu uma kena kacau tu dia dengan Naim pun kena
juga. Tapi hantu tu siap kejar diorang sampai dekat jalan. Diorang punya
la cuak sampai lari ke tengah jalan. Entah mana datangnya kereta
tiba-tiba hentam mereka. Naim tercampak tengah jalan, dia pulak dekat
tepi jalan. Datang kereta lain terus lenyek kaki Naim. Lepas tu, Salleh
kata dia terus tak sedar apa-apa sampailah kami jumpa dia atas busut tu.
Yang peliknya,macam mana dia boleh duduk atas busut sedangkan dia kata
dia lari dekat tengah jalan besar? Kenapa Naim seorang yang kena teruk?
Akhirnya aku dapat jawapan sebenar. Tak lama lepas Salleh cerita dengan
aku, dia jatuh sakit. Tak tahulah sakit apa tapi 3 bulan kemudian dia
meninggal. Keluarga dia sendiri kebingungan sebab doktor pun tak tahu
sakit Saalleh. Tapi aku yakin, kes ni ada kaitan dengan busut yang
diorang gali tu. Aku dengan geng-geng aku yang lain sempat ziarah arwah
Salleh. Paling tak boleh tahan Bob sebab dia roomate dengan Naim. Memang
aku tau dia sedih sangat. Yang tak boleh lupa, kami semua menangis masa
angkat jenazah Salleh. Rasa sedih sangat masa tu..
Aku, Azmi Dagu, Sam banjar,Wak, Bob dan Lan, semua sekali selamat
habiskan pengajian di UITM. Buat Naim dan Salleh, kami tetap akan ingat
korang sampai bila-bila. Al- fatihah
Ops..Rumah banglo dekat seksyen 2 itu sampai sekarang ada lagi
[agaknya]. Tiap kali aku lalu kawasan situ mesti aku rasa sedih sangat.
Lagi satu,masa hari terakhir kami di rumah tu, Wak tertinggal hp dia
dekat bilik atas. Jadi pada siapa-siapa yang berani, boleh lah ambil hp
tu tapi itu pun kalau korang berani la…nokia 3310
sumber : http://xtranester.blogspot.com/2011/04/rumah-sewa-rm50-di-shah-alam-berhantu.html