Wednesday, 20 June 2012

Tips hilangkan DEMAM dalam satu hari sahaja


Salam sejahtera dan selamat makan ubat kepada sesiapa yang tengah demam atau selsema. Yeah that goes to me too. Aku tengah demam sekarang. Pagi tadi okey, cuma adalah selsema sikit-sikit. Tak sangka pula petang tadi badan dah semakin panas. Sebenarnya dari minggu-minggu yang lepas lagi aku perasan benda nie. Maksud aku, ramai yang demam dan selsema. Agaknya sebab jerebu kot. Nak kata tak bersenam, hari-hari pula aku ada buat senaman ringkas. Agaknya dah memang nasib, terima sajalah. Kan demam itu  penghapus dosa? (banyak dosa juga aku nie)


Biasa kalau korang demam, apa yang korang buat untuk hilangkan demam tue dalam masa yang singkat? Ikut amalan akulah, bukan nak tipu atau gebang, rekod demam aku paling lama pun sehari. Betul. Sehari saja. Apa yang aku buat?

Bungkus habis satu badan bila nak tidur malam. Pakailah jaket ke, baju 2, 3 lapis ke dan kemudian tambah dengan selimut supaya badan korang cepat panas dan senang nak berpeluh. Nak lagi azab, tingkap dan kipas tutup supaya korang boleh berpeluh dengan galaknya dan mencurah-curah ke ladang gandum. Kaedah nie selalu aku amalkan. Hasilnya bangun pagi esok, kebasahan yang aku alami tak perlu ceritalah tapi sangat mujarab ya. Demam hilang!

Minum air kosong dengan sangat banyak sehingga korang rasa muak. Kaedah nie member aku yang amalkan. Aku tak tahu sejauh mana kemujarabannya. Tapi berdasarkan pengalaman member aku nie, sehari saja dah boleh hilang demam. Kata dialah. Kenapa perlu minum dengan sangat banyak? Supaya korang boleh kerap membuang air kecil. Lagi kerap, lagi bagus. Dengan kerap membuang air kecil, segala toksik atau unsur negatif dalam badan disebabkan oleh demam korang tue dapat dibuang. Hasilnya, demam akan hilang!

Kedua-dua kaedah di atas jarang orang amalkan. Selalunya bila demam orang akan lebih suka menelan panadol. Aku bukan nak kata telan panadol masa demam tak baik tapi kalau boleh kurangkan kebergantungan pada ubat demam ini. Terlalu kerap makan panadol boleh menyebabkan resistance, dimana sistem badan korang lali dengan kesan yang sepatutnya diberikan oleh panadol. Kalau korang minta bukti klinikal, aku tak ada. Aku tahu benda nie pun daripada teman yang bekerja dalam bidang kesihatan.

SHARE

Blog Archive

disable copy content