Friday 25 May 2012

Vasseti Datatech Lancar Perkhidmatan Internet Berkelajuan Tinggi 1000 Mbps

 

 KUALA LUMPUR - Vasseti Datatech Bhd akan memperkenalkan perkhidmatan internet berkelajuan tinggi di Malaysia pada 1 Jun berikutan penandatanganan perjanjian perkhidmatan dengan GL Broadband (GLBB), iaitu satu penyedia perkhidmatan internet pelbagai bahasa di Jepun.

Pengarah Urusan Kumpulan Ranjeet Singh Sidhu berkata kumpulan itu telah melabur kira-kira RM500 juta untuk memasang serat optik bagi pelaksanaan perkhidmatan itu.

"Kami berharap memulakan perkhidmatan kami pada 1 Jun dan menjangka mencapai 20,000 pengguna dalam tempoh enam bukan beroperasi," katanya kepada pemberita selepas menandatangani perkhidmatan perkhidmatan itu hari ini.

Ranjeet menandatangani bagi pihak Vasseti manakala GLBB diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Paul Edward Foulkes.

Ranjeet berkata GLBB akan menjadi rakan penyumberan luar rasmi Vasseti dalam pengemblengan dan peluasan penawaran jalur lebar itu dan akan menguruskan kesemua operasi perniagaan dan komersil Vasseti.

"GLBB akan menyandarkan aset tekco Vasseti seperti V Telecoms Bhd yang memiliki infrastruktur serat optik yang meluas di Lembah Klang serta Semenanjung Malaysia," katanya.

Foulkes berkata projek itu akan dilaksanakan secara berfasa, bermula di Lembah Klang sebelum dipanjang ke negeri lain di Malaysia dalam tempoh enam bulan.

"Kami menjangka menjelang akhir 2012, seluruh Malaysia akan dapat menerima perkhidmatan kami," katanya sambil menyatakan kumpulan itu masih belum memutuskan caj penggunanya.

"Kami akan menawarkan penyelesaian jalaur lebar 5Mbps, 10Mbps, 20Mbps dan 50Mbps bagi pengguna kediaman dan perniagaan," katanya


SHARE

Blog Archive

disable copy content