
Polis Syariah Aceh membantu mengangkat pesalah selepas dikenakan hukuman sebat - AFP
ACEH: Sepasang punk disebat sembilan kali setiap seorang selepas mereka didapati bersalah mengadakan seks di tempat awam.
Kira-kira 100 penduduk 
bandar Langsa yang menyaksikan pelaksanaan hukuman itu bersorak apabila 
polis Syariah menyebat wanita berusia 21 tahun itu, dan teman lelakinya 
berumur 23 tahun.
Sebelas orang yang 
didapati bersalah berjudi juga menjalani hukuman itu. Ketua Pendakwa 
Raya Langsa, Putra Masduri berkata, pasangan berkenaan yang sering 
berkeliaran dijalan raya dengan berpakaian ala punk. Mereka bagaimanapun
 dikenakan pakaian serba putih ketika menjalani hukuman itu.

Polis Syariah Aceh, 
satu-satunya wilayah Indonesia yang melaksanakan undang-undang Islam, 
melancarkan gerakan antipunk dengan menyerbu kafe dan taman bagi 
mencegah apa yang disifatkan oleh pihak berkuasa sebagai ‘wabak sosial.’
 — Agensi
 Sumber: Harian metro 
 
