Wednesday, 11 April 2012

Kos pelatih PLKN lebih besar dari pinjaman PTPTN

 
 


SEREMBAN, 6 April:Kerajaan lebih besar membelanjakan wang rakyat untuk menampung kos melatih pelajar di Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) berbanding dengan kos memberikan pinjaman melalui PTPTN.

Ini kerana kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM6,931 bagi seorang pelatih untuk menamatkan kursus yang mengambil masa 3 bulan di PLKN.

Sedangkan untuk ijazah pertama, PTPTN hanya memberikan pinjaman RM7,000 setahun manakala diploma hanya RM5,000 setahun.

Demikian kata Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Taufek Abdul Ghani (gambar atas) yang mengulas kenyataan kerajaan baru-baru ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi baru-baru ini memaklumkan, seramai 629,052 pelatih PLKN direkodkan sehingga 29 Februari lepas.

Beliau menambah sebanyak RM4.36 bilion telah dibelanjakan untuk PLKN sejak dilaksanakan.

Berdasarkan angka itu, kata Taufek, kos untuk seorang pelatih PLKN selama 3 bulan yang diberi percuma adalah bersamaan dengan kos pembiayaan pinjaman PTPTN seorang mahasiswa peringkat ijazah selama 1 tahun.

Jumlah RM4.36 bilion itu pula, katanya, boleh menampung kos pembiayaan pinjaman PTPTN untuk seramai 622,857 orang mahasiswa serta mahasiswi ijazah pertama di IPTA selama setahun.

Kenyataan beliau dipercayai untuk mewajarkan cadangan Pakatan Rakyat untuk memansuhkan PTPTN dan memberikan pendidikan percuma kepada rakyat negara ini.

Antara tunggak utama perbelanjaan pelajar IPTA adalah yuran pelajaran, asrama dan makan.

SHARE

Blog Archive

disable copy content