Tuesday, 27 March 2012

Rahsia Menang Sebutharga Kerajaan

Sering GAGAL Dalam Bidaan Sebutharga? Kami Kongsikan Penyelesaian Kepada Masalah Anda.
Kini Tiba Masanya Untuk Berubah Dari
Syarikat Biasa Kepada Peneraju Dalam Bidang Perniagaan Anda…

"Ketahui Rahsia Bagaimana Untuk Menang Sebutharga Kerajaan Dan Menjadi Usahawan/Kontraktor Berjaya Dalam Masa Yang Singkat

Mari Kami Ajarkan RAHSIA Bagaimana Untuk Melakukannya...

Ada pelbagai cara yang salah telah diamalkan sejak sekian lama, kami pasti anda telah mengetahuinya. Dan risiko cara tersebut amat besar. Kini dengan bantuan teknologi dan aplikasi elektronik kaedah perolehan kerajaan telah menjadi semakin telus. Dengan pengetahuan yang akan kami kongsikan kepada anda... kami yakin usaha dan pelaburan anda pasti akan berhasil!

Anda tentu tahu dengan memenangi perolehan kerajaan sama ada secara pembelian terus, sebutharga atau tender, pasti keuntungan yang berganda akan anda perolehi. Dari sana anda akan mula membina empayar perniagaan anda untuk menjadi kontraktor yang berpengalaman, berjaya dan disegani oleh pesaing anda. Untuk tahu bagaimana caranya teruskan membaca...

Dari: Pasukan Pakar Tender
Tarikh: Selasa, 27 Mac 2012

Para Bakal Usahawan/Kontraktor dan Usahawan/Kontraktor sekalian,

Sudah Tiba Masanya Untuk Berubah

Pernahkah anda impikan kehidupan yang lebih baik, di mana anda tidak perlu lagi pergi ke pejabat untuk berkerja 8 pagi - 5 petang dan mendapat bayaran yang tidak setimpal dengan kerja yang dilakukan? Pernahkah anda terfikir untuk berhenti kerja anda dan menjana pendapatan dari sumber yang berbeza? Adakah anda berfikir bahawa anda boleh mengendalikan perniagaan dan membuat ia berkembang kepada potensi yang maksimum? Jika anda menjawab YA, maka anda berhak untuk mempelajari semua ilmu dan maklumat penting yang berkaitan dengan keusahawanan dan rahsia disebalik sebutharga dan perolehan kerajaan!

Membuat Lebih Banyak Keuntungan

Bidang keusahawanan meneroka pelbagai kemungkinan. Mampu untuk membina satu perniagaan yang boleh menghasilkan pendapatan adalah sesuatu yang baik tetapi memaksimumkan potensi perniagaan itu adalah lebih baik lagi. Jika anda benar-benar mahu membuat lebih banyak wang daripada yang pernah anda impikan, maka anda perlu untuk memulakan langkah pertama ke arah merealisasikan impian tersebut. Jika anda tahu bahawa anda mempunyai perniagaan yang sempurna untuk perolehan kerajaan, maka inilah masanya untuk  anda mengetahui dan mempelajari maklumat yang paling berguna yang diperlukan untuk berjaya!


Memenangi Sebutharga Kerajaan

Jika anda ingin mencapai matlamat anda dengan cepat, maka anda harus mempunyai pengetahuan yang diperlukan untuk memenangi sebutharga kerajaan. Anda perlukan maklumat yang boleh membantu anda untuk memasuki sebutharga kerajaan. Anda juga perlu tahu produk yang diperlukan oleh kerajaan. Maklumat yang tepat mengenai sasaran pelanggan anda adalah penting. Mengetahui tips untuk mendaftar dan membida juga satu faktor penting untuk memenangi sebutharga kerajaan. Kami telah menyediakan semua maklumat yang relevan untuk menjawab persoalan anda mengenai perolehan kerajaan secara sebutharga.

Memperkenalkan e-Book "Rahsia Menang Sebutharga Kerajaan"



Berikut adalah beberapa topik utama yang menanti anda dalam e-book ini:

      BAB PERTAMA: Proses Pembelian Oleh Kerajaan
                  Perancangan Pembelian
           
      Prinsip Pembelian
           
      Jenis/Bidang Pembelian
           
      Perkhidmatan Perunding
           
      Perkhidmatan Bukan Perunding

 
     BAB KEDUA: Keutamaan Kepada Syarikat Bumiputera
                                Keutamaan Dalam Bekalan dan Perkhidmatan
                 
      Keutamaan Dalam Kontrak Kerja

 
     BAB KETIGA: Cara Kerajaan Melakukan Pembelian
                                Pembelian Melalui Panjar Wang Runcit
                 
      Pembelian Melalui Kontrak Pusat
                 
      Pembelian Terus
                 
      Pembelian Melalui Sebut Harga
                 
      Pembelian Melalui Tender
                 
      Pembelian Secara Gotong Royong
                 
      Pembelian Darurat
                 
      Pembelian Melalui Penggunaan Kontrak Jabatan Lain

      BAB KEEMPAT: Had Nilai Dan Syarat Sebut Harga
                              Pembelian Bekalan/Perkhidmatan
                              Pembelian Kerja

      BAB KELIMA: Proses Mengeluarkan Sebut Harga
                  Dokumen Sebut Harga
           
      Penjualan Dokumen Sebut Harga
           
      Tatacara Menguruskan Sebut Harga
           
      Tempoh Sah Laku Sebut Harga

      BAB KEENAM: Proses Penerimaan Sebut Harga
      Peti Tawaran Sebut Harga
      Pembukaan Peti Tawaran Sebut Harga
      Tugas Jawatankuasa Pembuka Sebut Harga

      BAB KETUJUH: Proses Penilaian Sebut Harga
                  Penilaian Sebut Harga
                  Tugas Jawatankuasa Penilaian Sebut Harga
                  Jawatankuasa Penilaian Teknikal Bekalan/Perkhidmatan
                  Jawatankuasa Penilaian Harga Bekalan/Perkhidmatan
                  Penilaian Sebut Harga Kerja
                  Asas Penilaian Sebut Harga


 
     BAB KELAPAN: Proses Pemilihan Penyebut Harga
                  Kertas Taklimat Sebut Harga
                  Jawatankuasa Sebut Harga
                  Pertimbangan Sebut Harga
                  Keputusan Jawatankuasa Sebut Harga
      BAB KESEMBILAN: Proses Pengurusan Kontrak
                  Pentadbiran dan Pengurusan Kontrak
                  Bon Perlaksanaan
                  Bayaran Pendahuluan
                  Syarat-syarat Bayaran Pendahuluan
                  Bayaran Interim/Kemajuan Bagi Kontrak Kerja
                  Bayaran Balik Pendahuluan
                  Perubahan Dan Perlanjutan Tempoh Kontrak Bekalan
                  Perubahan Dan Perlanjutan Tempoh Kontrak Kerja

 
     BAB KESEPULUH: Tips Mencari Peluang Memasuki Sebut Harga
                  Iklan Di Akhbar Utama
                  Iklan Di Laman Web
                  Iklan Di Papan Kenyataan
                  Telefon Bahagian Yang Menguruskan Pembelian
                  Hubungan Yang Baik

SHARE

Blog Archive

disable copy content