Tuesday, 27 March 2012

NENEK main JUDI...


KUALA LUMPUR: Seorang wanita warga emas berjudi Internet di kafe siber tanpa lesen di Plaza Puchong, Jalan Puchong, di sini, semata-mata bagi menghiburkan hati yang kesepian selepas berjauhan anak dan cucu, petang kelmarin.
Bagaimanapun, hasrat nenek berusia 83 tahun itu terbantut apabila premis terbabit diserbu sepasukan anggota Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Bukit Aman selepas menerima aduan mengenai kegiatan itu di plaza berkenaan.

Ketika ditemui, nenek terbabit memberi alasan takut menjadi gila kerana fikirannya terganggu jika tinggal bersendirian di rumah sebelum menjadikan kafe siber itu sebagai tempat menghilangkan kesunyian selepas dipelawa rakan.
Katanya, walaupun tidak tahu menggunakan Internet, namun dia diajar penjaga premis selain diberi makanan dan minuman percuma menyebabkannya mula berjinak-jinak berjudi secara dalam talian menggunakan wang simpanan ketika bekerja sebagai pemandu bas sekolah.

Sementara itu, Pegawai D7 Bukit Aman, Asisten Komisioner Loi Yew Lik, berkata wanita warga emas itu antara 31 kaki judi dan lapan penjaga premis perjudian yang ditahan dalam operasi tiga jam bermula jam 5.30 petang.

Menurutnya, turut diserbu, satu lagi kafe siber tanpa lesen terletak berhampiran yang turut menjalankan kegiatan judi kasino Internet dan judi berkomputer.

Sumber: Hmetro

SHARE

Blog Archive

disable copy content