Sunday, 15 April 2012

Cacing Seberat 1.5kg Dalam Perut

 
Seorang kanak2 bernama Haikal mempunyai 270 ekor cacing dengan berat 1.5 kilogram (kg) di dalam perutnya. Ratusan cacing tersebut dikenalpasti setelah melalui pembedahan di Hospital Daerah (RSUD) Mana, Bengkulu.


"Kami tahu ada cacing setelah doktor melakukan pembedahan di perut anak saya," ujar ayah Haikal, Sudirman.


Berdasarkan keterangannya, awalnya si anak mengeluh sakit perut yang tidak tertahan. Melihat keadaan si anak, Sudirman lalu memberikan ubat-ubatan tradisional.


"Dia (Haikal) terus mengeluh sakit, kerana tidak ada perubahan besoknya kita membawanya ke hospital," tambahnya.


Pada diagnosa awal, doktor mengatakan terdapat sebuah benda aneh di dalam perut Haikal sehingga diputuskan untuk melakukan pembedahan. Tidak ada yang menyangka, ternyata benda aneh yang membuat Haikal kesakitan adalah 270 ekor cacing.


Orang tua Haikal tidak menyangka jika anaknya menderita cacing kerana selama ini Haikal tak pernah menunjukkan gejala-gejala mengidap penyakit tersebut.


"Ia jarang sakit, perut juga tidak buncit seperti pesakit cacingan lain," katanya.


Selama ini orang tua juga selalu memberikan makanan bersih dan air minum yang dimasak untuk Haikal. Sekalipun orang tuanya petani dan sering pergi ke kebun, si anak biasanya ditinggal dengan sang nenek dan tidak dibiarkan bermain kotor.


Sementara itu keadaan Haikal saat ini telah mula baik, setelah menjalani pembedahan. "Ia tidak lagi mengeluhkan sakit dan mula mahu makan," kata Sudirman.

Sudahkah anda memberikan ubat cacing untuk anak anda? Hihihi


Sumber: http://www.gempak.org/forum/showthread.php?t=68135

SHARE

Blog Archive

disable copy content