Saturday, 7 July 2012

Majlis Pernikahan Ella dan Azhar 7.7.2012

Malam ini (selepas Isyak sebentar tadi), bermulalah lembaran baru dalam hidup penyanyi rock wanita negara, Ella Aminuddin, 46. Ella selamat dinikahkan dengan lelaki pilihan, Azhar Ghazali yang juga seorang juruterbang Firefly. 


Dalam majlis pernikahan Ella, pihak lelaki akan menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang serta wang hantaran yang dianggarkan bernilai RM50,000.

Lagi gambar-gambar:


Thursday, 5 July 2012

Ella telah dilamar....akan berkahwin..

PETALING JAYA: Ibu kepada penyanyi rock ternama Ella iaitu Yang Asmah Yong, 85, merupakan individu yang paling gembira selepas mendengar luahan Azhar Ghazali yang ingin mengambil anaknya itu menjadi isteri.

Kakak kepada penyanyi itu yang juga jurusolek terkenal Saidatulnisa Aminuddin berkata, ibu mereka tidak dapat menggambarkan betapa seronoknya apabila juruterbang syarikat penerbangan Firefly itu meluahkan hasrat tersebut dalam satu pertemuan yang diadakan.

“Ibu memang gembira akhirnya anak keenamnya itu bakal bertemu jodoh. Keinginan untuk menjadikan Ella sebagai isteri itu diluahkan sendiri oleh Azhar ketika dia datang bertemu dengan ibu,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Rabu.

Laporan akhbar sebelum ini menyebut Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminudin, 46, mengesahkan mahu menamatkan zaman bujangnya pada Sabtu ini di rumah keluarganya di Teluk Gadong, Klang, dekat sini.

Upacara akad nikah dijadualkan selepas waktu Isyak secara tertutup untuk saudara mara dan pihak media sahaja.

Ella dan Azhar yang berusia 30-an berkenalan sejak sembilan tahun lalu dan hubungan itu menjadi serius sejak tiga tahun kebelakangan ini.

Saidatulnisa berkata, kerana gembira dengan berita tersebut, ibunya tidak menghalang untuk pasangan berkenaan mempercepatkan tarikh nikah yang akan diadakan di rumahnya.

Katanya, keluarga pihak lelaki yang datang pada 17 Julai lalu untuk merisik membuat keputusan untuk mengadakan majlis bertunang dan nikah serentak.

Sementara itu tambah Siadatulnisa, Ella dan Azhar telah bersetuju untuk memakai pakaian rekaan Saiful Baharim pada majlis akad nikah itu nanti

Bagi majlis resepsi yang dirancang di Pusat Konvensyen Antarabangsa, Putrajaya pada 1 Disember depan pula, pihaknya masih dalam perancangan bagi memilih konsep yang akan diketengahkan.

“Kami berharap apa yang dirancang ini berjalan dengan lancar dan saya bagi pihak keluarga mahu meminta maaf kepada mereka yang tidak di undang kerana ia hanyalah sebuah majlis kecil-kecilan melainkan majlis resepsi yang akan dibuat hujung tahun ini,” katanya.

Sementara itu, jemputan kepada pihak media bagi menghadiri majlis berkenaan telah dihantar melalui e-mel pada petang rabu.

Wednesday, 4 July 2012

Baru 28 tahun wanita ini disahkan Menopause

Wanita menopause, itu pasti. Hilangnya kemampuan reproduksi akibat perubahan hormon seiring penuaan usia ini, selalunya menimpa wanita usia 45 tahun ke atas.Bagaimana dengan Katy Hayward, wanita yang berasal England, yang menopause di usia 28 tahun?

 Katy terkejut mendengar diagnosis doktor. Doktor mengatakan bahawa di usianya yang kini sudah hampir 30 tahun, tak ada lagi pengubatan atau terapi untuk mengembalikan kemampuan reproduksinya.

Untuk menyelamatkan sel telurnya sudah terlambat. Harapan, satu-satunya hanya derma telur daripada orang lain, tapi itu juga tak mudah. "Saya terkejut," kata Katy. "Memiliki anak adalah kebanggaan seorang wanita."

Dr Beth Cartwright dari Unit Penelitian Menopause di Guy's Hospital London mengatakan, belum ada penjelasan perubatan yang cukup detail tentang menopause  ini. Hanya satu dari setiap seribu wanita yang mengalami menopause di bawah usia 30 tahun.

Menopause ditandai dengan perubahan hormonal akibat berkurangnya produksi estrogen. Keadaan ini tak hanya memengaruhi kesuburan, tapi juga meningkatkan risiko tulang rapuh, serangan jantung, dan stroke.

Sejauh ini, Unit Penelitian Menopause di Guy's Hospital masih terus melakukan kajian dan penelitian demi menemukan pencegahan dan pengubatan menopause awal usia pada wanita. Ini membuat Katy masih berani berharap boleh memiliki anak dari rahimnya suatu saat nanti. 
 
Sumber

Tuesday, 3 July 2012

AWAS-kepada pengguna WATER HEATER

Berhati-hati semasa menggunakan water heater di rumah anda...risiko untuk kebocoran arus elektrik yang boleh membawa maut..Kejadian berlaku di Malaysia.. Perhatikan Logo SIRIM Malaysia pada Water Heater tersebut.

Perhatikan Logo SIRIM Malaysia pada Water Heater tersebut.














Sumber

SHARE

Blog Archive

disable copy content