Saturday, 16 June 2012

Ngeri - Wajah mayat yang telah digali

Seramkan rupa mayat kat bawah nih..... ngeri!
Kalau tengok wajah tu macam tengah meraung kena azab seksa je.....
kenapa macam tu...hanya Allah yang tahu.
Jadikan pengajaran.....










Sumber

Dibaham Ikan Piranha (Ngeri!)

Korang pernah tengok tak mayat mangsa manusia yang pernah dibaham oleh ikan pirana? Memang sangat mengerikan mayat ni di mana abis isi dan organ dalam badan mangsa yang malang tu telah habis dimakan. Sebahagian dari tulang belulang pun turut hancur.

 







Sumber: Gempak

Wanita Tayang Buah Dada Cuba Mencuri Trofi Euro 2012


Wanita Tayang Buah Dada Cuba Mencuri Trofi Euro 2012 
Lihat videonya dibawah :
 

Seorang perusuh wanita warga Ukaraine ditahan pihak polis atas cubaan mencuri trofi Euro 2012 ketika ia dipamerkan di Kiev, menurut Reuters.

Yulia Kovpachik, 23, kelihatan mendekati trofi yang dipamerkan di Independence square, sebelum membuka bajunya untuk menunjukkan mesej di bahagian bawah dadanya yang bertulis ‘F**k Euro 2012′.

Dia dipercayai seorang wakil bagi sebuah kumpulan yang dikenali sebagai Femen, sebuah kumpulan yang mempertahankan hak wanita di Kiev yang sering melakukan protes dengan membuka baju mereka di khalayak ramai di negara tersebut.

Kumpulan tersebut selalunya bertindak atas perkara yang mereka rasakan tidak adil dari segi politik, permasalahan sosial dan penggunaan wanita di Ukaraine.

Femen mempercayai bahawa Euro 2012 akan mendatangkan banyak masalah di Ukaraine seperti expoitasi seks dalam kalangan peminat-peminat bola sepak ketika acara sedang dijalankan.

Lebih daripada sejuta pelawat dijangkakan akan tiba di Ukaraine pada musim panas untuk Euro 2012, sebuah acara bola sepak yang dihoskan secara bersama oleh Ukaraine dan Poland.

Sumber

Badan putus dua tapi masih hidup



Tidak ada maklumat yang diperoleh penulis mengenai kejadian ini. Namun hanya berdasarkan andaian ia mungkin berlaku di negara India dan melibatkan kemalangan dengan keretapi. Sama ada ia cubaan bunuh diri atau tidak sengaja, sukar untuk ditafsirkan. Nasib mangsa juga tidak diketahui.

Kemalangan Ngeri! Badan putus dua tapi masih hidup

Sumber: http://mynewshub.my/2012/04/06/kemalangan-ngeri-badan-putus-dua-tapi-masih-hidup/

5 Kes Jenayah Yang Menggemparkan Malaysia


Pembunuhan Datuk Mazlan Idris
Kes pembunuhan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Talam, Datuk Mazlan Idris hampir 20 tahun lalu disifatkan jenayah paling ngeri dalam sejarah negara dan memeranjatkan ramai pihak.




 
 
Penemuan mayat Mazlan yang dikerat kepada 18 bahagian dan ditanam di dalam sebuah lubang sebelum disimen membawa kepada penahanan pasangan bomoh, Maznah Ismail atau Mona Fandey dan suaminya, Mohd Affandi Abdul Rahman serta pembantu mereka, Juraimi Husin.

Mazlan dibunuh pada 2 Julai 1993 di bilik air sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Peruas, Ulu Dong, Raub, Pahang dengan kapak selepas mengadakan pertemuan dengan pasangan bomoh itu.

Mona Fandey

Mahkamah Tinggi Temerloh pada 1995 memutuskan ketiga-tiganya bersalah membunuh dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati dan rayuan mereka untuk mengurangkan hukuman juga ditolak.

Pada 2 November 2001, mereka menjalani hukuman itu di Penjara Kajang dan jenazah Mona dan Mohd Affandi dikebumikan bersebelahan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Kantan, Kajang pada jam 11.05 dan 11.30 pagi, manakala jenazah Juraimi dimandi dan dikebumikan di kampungnya iaitu di Teluk Gong, Klang, pada 11.15 pagi hari sama.


Kes Rogol dan Bunuh Noor Suzaily Mokhtar
Pada 7 Oktober 2000, Noor Suzaily Mokhtar, seorang jurutera komputer telah menaiki sebuah bas awam ke tempat kerjanya. Namun sesuatu yang tidak dijangkakan telah berlaku, di mana Suzaily telah dirogol, liwat dan dibunuh oleh pemandu bas tersebut.

 
Pemandu bas dikatakan telah menurunkan kesemua penumpang bas kecuali Suzaily, sebelum mengambil laluan jalan yang berbeza dan melakukan jenayah tersebut di sebuah tempat. Pemandu bas kemudian bergerak semula di atas jalan raya di mana Noor Suzaily dilihat mengetuk pintu bas dan meminta tolong oleh seorang saksi utama yang merupakan seorang remaja lelaki. Itulah kali terakhir dia dilihat masih hidup.


Pesalah, seorang lelaki yang telah berkahwin dan mempunyai anak, Hanafi Mat Hassan didapati bersalah dan dihukum gantung oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 25 April 2002 kerana membunuh Noor Suzaily, 24, di antara Lorong Pegaga, Taman Chi Liung dan tapak pembinaan projek perumahan di Taman Bukit Tinggi, Klang di antara jam 8.50 pagi hingga 9.15 pagi pada 7 Oktober 2000.

Tertuduh yang pernah berkahwin empat kali, juga dipenjara 20 tahun dan 12 sebatan atas tuduhan merogol mangsa.Hukuman penjara yang dikenakan itu adalah maksimum mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. Hanafi telah menjalani hukuman gantung sampai mati pada tahun 2008.


Kes Rogol dan Bunuh Canny Ong
Canny Ong diculik di pusat beli-belah di Bangsar pada 13 Jun 2003 sebelum mayatnya yang rentung ditemui dalam longkang di tapak pembinaan Projek Lebuh Raya Pantai Baru, Petaling Jaya pada 17 Jun 2003. Plot tragis pembunuhan itu bermula apabila Canny yang ditemani ibunya, Pearly Visvanathan dan adik perempuannya menghadiri majlis makan malam di Restoran Monte di Pusat Beli-belah Bangsar (BSC), tempat di mana Ahmad Najib melihat beliau. Dia kemudiannya hilang dipercayai diculik bersama kereta Proton Tiara bernombor pendaftaran WFN 6871.

 

Mayat Canny kemudiannya dijumpai dalam keadaan hangus di dalam sebuah lubang pembetungan seluas 1x1x1 meter dengan kedua-dua tangannya bersilang di atas dada dan kakinya terjuntai keluar dari lubang itu. Mayatnya tertanam di bawah dua tayar berisi simen dalam lubang pembetungan itu empat hari selepas dia diculik dari tempat meletak kereta BSC.

 
Suspek yang juga seorang pencuci kabin kapal terbang, Ahmad Najib Aris dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi setelah didapati bersalah atas tuduhan membunuh dan merogol Canny.


Kes Bunuh Datuk Sosilawati Lawiya
Berita kehilangan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, mula tersebar di laman sosial Twitter semasa pertengahan bulan Ramadhan 2010. Pada 12 Sep 2010, Polis Diraja Malaysia mengesahkan Datuk Sosilawati dan tiga orang yang mengiringinya ke Banting, Selangor untuk satu urusan pembelian tanah telah mati dibunuh. Menurut Utusan, keempat-empat mayat dan salah satu daripadanya mayat Datuk Sosilawati ditemui di pantai Morib. Kesemua mereka dibunuh kejam sebelum dibuang dan dibakar di ladang ternakan ayam dekat Tanjung Layang, Morib.

 
Polis mengesahkan kempat-empat mangsa dipukul sampai mati sebelum dibakar dan abu dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong. Sungai Panchau, Kampung Kanchong Laut ialah di mana suspek membuang abu mayat selepas dibakar di ladang ternakan ayam (Ladang Gadong, Tanjung Sepat) tersebut dan pasukan penyelam Polis Marin manjalankan operasi mencari bahan-bahan bukti untuk siasatan kes pembunuhan Sosilawati dan tiga lelaki lain. Sungai itu terletak di Kampung Endah, kira-kira dua kilometer dari Ladang Gadong Tanjung Sepat.

Jam tangan mewah milik Sosilawati yang diambil salah seorang penjenayah sebagai ‘kenang-kenangan’ selepas mangsa dibunuh menjadi petunjuk paling penting berhubung kes tersebut.



Kes ini masih dalam perbicaraan dengan empat orang suspek sudah mengaku bersalah manakala empat suspek lagi temasuk suspek perancang utama, bekas peguam N.  Padmanabhan masih dibicarakan kerana tidak mengaku bersalah.


Kes Bunuh Nurin Jazlin
Nurin Jazlin Jazimin merupakan anak kedua pasangan Jazimin Abdul Jalil dan Norazian Bistaman daripada 3 orang adik beradik. Beliau merupakan pelajar tahun dua Sekolah Rendah Kebangsaan Desa Setapak, Setapak, Kuala Lumpur. Beliau dilaporkan hilang selepas keluar ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju. Pelbagai usaha dilakukan melalui media dan orang ramai termasuklah Polis Diraja Malaysia dan Badan Bukan Kerajaan (BBK) untuk mengesan Nurin yang dipercayai diculik.

 

Misteri kehilangan akhirnya terjawab apabila mayat tanpa pakaian dipercayai mangsa deraan seks, ditemui oleh pemilik lot kedai di Jalan PJS 1, Taman Petaling Utama, Petaling Jaya pada 17 September 2007 dan setelah ujian DNA dijalankan, ia mengesahkan mayat tersebut adalah Nurin Jazlin.

Bedah siasat mendapati pembunuh telah memasukkan timun dan terung ke dalam kemaluan kanak-kanak itu, menyebabkan rektumnya pecah hingga dijangkiti bakteria dan ini antara faktor yang menyumbang kepada kematiannya.

Fizikal kanak-kanak itu yang ditemui mati dengan keadaan “kurus kering” selain dengan pelbagai kesan lebam pada badannya menyebabkan ibu bapa Nurin Jazlin tidak mengenalinya semasa membuat pengecaman pertama kali.

Jenazah Nurin Jazlin dituntut dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebelum disembahyangkan di Madrasah Assa’Adah, Seksyen 1, Wangsa Maju yang terletak kira-kira tiga kilometer dari tanah perkuburan itu.  Akhirnya beliau disemadikan kira-kira pukul 2.45 petang selepas solat Jumaat pada 20 September 2007 di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota, Gombak. Ibubapa beliau beserta tiga adik-beradik Nurin Jazlin tidak dapat menahan tangisan mereka ketika jenazah itu diturunkan ke liang lahad.

Sumber: http://amazingnara.com/lima-kes-jenayah-yang-menggemparkan-malaysia-bahagian-1

Friday, 15 June 2012

Wanita ini mirip Michael Jackson

 
 
Michael Jackson ditemui di Sevastopol, Ukraine! Sebenarnya wanita ini seorang photographer bernama Elena Romanenkova yang di transforms menjadi idola hebat itu.Tapi, memang mirip MJ pun!


 
 
 
Sumber: http://jennykaleyn.blogspot.com/2012/03/14-gambar-wanita-berwajah-mirip-michael.html

Jagung berwarna-warni yg sangat cantik !!!

Ini adalah jagung yang sebenar! Dipanggil "Permata Kaca", yang ditanam oleh Greg Schoen.Penyemai Greg Schoen mendapat benih dari Carl Barnes, seorang lelaki separuh umur di Cherokee dalam tahun 80-an-, di Oklahoma.
Beliau meninggalkan sampel beberapa varieti jagung, termasuk permata kaca.
Malangnya, tidak tumbuh cukup banyak untuk di jual


Sumber: http://paan85.blogspot.com/2012/06/spesis-jagung-berwarna-warni-dijumpai.html

Thursday, 14 June 2012

Di paksa Gugur Kandungan [18SG]

Lagi Kes yang berlaku di Beijing wilayah Shaanxi, Seorang Wanita Yang bernama Feng Jianmei dipaksa Menggugurkan Kandungannya Yang sudah pun Berusia 7 Bulan. Tindakan tersebut Diambil apabila Wanita Tersebut Tidak Mampu membayar Denda 40 ribu Yuan ($ 6,320) kerana melanggar dasar kawalan populasi yang mengehadkan sesebuah keluarga mempunyai seorang anak saja. Ya memang Benar ada Undang-Undang yang Mengehadkan Kelahiran untuk mengawal populasi tapi tiada Undang-undang Yang Membenarkan Pengguguran Secara Paksa. http://english.sina.com/ untuk lebih lanjut.

Pengajaran Di sini kita Patut Bersyukur Kerana  lahir di Malaysia, Mempunyai sebuah keluarga Yang besar, adik beradik 7-8 Orang, Kerajaan yang Prihatin Dengan Rakyat. Nak Anak berapa pun boleh selagi mampu.. Bersyukurlah..

beberapa gambar Feng terbaring di katil hospital di sebelah mayat anaknya Yang disiarkan di Internet. (18SG) Sumber: http://www.allgirlsallowed.org




Sumber :http://kemantapan.blogspot.com/2012/06/di-paksa-gugur-kandungan-3-gambar-18sg.html

Gambar HANTU popular hingga 2012




 


1. Hantu Budak Cina Tol Plaza


Ini ialah gambar yang diimbas dari sebuah akhbar cina tempatan sekitar tahun 2007/2008. Kami tidak pasti sama ada akhbar ini menyedari tetang imej kanak-kanak yang berbaju biru dan berseluar putih di bahagian atas bod hijau di sebelah kanan gambar. Gambar ini dikatakan ditangkap selepas sebuah kemalangan bas sekolah di sebuah plaza tol yang meragut nyawa pemandunya. Lagi 9 gambar selepas jump.


2. Hantu Kereta Remuk




Gambar ini khabarnya diambil secara tidak sengaja oleh rakan pemandu kereta kemalangan yang singgah untuk melihat keretanya. Pemandu telah dihantar ke hospital dan tiada orang di dalam kereta, tetapi ketika rakan tadi melihat gambar, telihat jelmaan perempuan bertudung dalam kereta tersebut. Kejadian dikatakan berlaku di Lebuhraya AMJ Melaka.


3. Batu Nisan Mejenguk Di Tingkap



Gambar asal dipaparkan di ondscene.my, perhatikan jelmaan batu nisan di tingkap. Gambar ini dikatakan diambil di tempat seram terkenal, Highland Towers.


4. Tiga Lembaga Di Lokasi Kawasan Kemalangan

 

Gambar ini menjadi terkenal kerana disiarkan di akhbar Kosmo. Terdapat imej 3 makhluk dalam gambar yang dirakam oleh pekerja trak tunda di kawasan kemalangan yang melibatkan sebuah kereta BMW di Jalan Kuantan-Gambang pada 17 Jun tahun lepas. Bagaimanapun keempat-empat mangsa kemalangan hanya cedera ringan walaupun kereta itu remuk dan melekat pada sebatang pokok.


5. Jelmaan Di Balai Polis Tinggal




Gambar ini dirakamkan di sebuah balai polis tinggal di sekitar lebuhraya Karak oleh kumpulan penyiasat paranormal tempatan. Tidak ada maklumat lanjut berkenaan gambar ini.

6. Lembaga Putih Memegang Batu Nisan

Imej ini sememangnya terkenal sejak zaman awal Internet Malaysia sekitar tahun 1997. Dikatakan diambil oleh seorang pelajar UiTM Lendu, Melaka, menggunakan kamera berfilem. Lembaga ini muncul di bahagian tepi, sebenarnya pelajar ini bersama kawan-kawannya ingin mengambil gambar rakan yang berdiri di tepi bahu jalan, pada waktu lewat petang selepas pulang dari bersiar-siar di bandar Melaka.


7. Pocong Di Kawasan Kilang

Gambar ini dikatakan diambil di kawasan tempat letak kereta di sebuah kilang oleh pengawal keselamatan sekitar lewat malam. Dia pada mulanya mendengar bunyi dentuman, lantas pergi ke kawasan tersebut, dan sempat merakamkan apa yang dilihatnya menggunakan kamera telefon bimbit.


8. Imej Ketiga Yang Sepatutnya Tiada

Gambar ini juga terkenal kerana di siarkan di akhbar Kosmo. Terdapat imej ketiga di bahagian kanan gambar yang sepatutnya tidak wujud.


9. Jelmaan Wanita India Dalam Cermin

Gambar ini dikatakan diambil di sebuah bilik oleh seorang penyewa secara tidak sengaja dalam sebuah resort di Pahang, dan disiarkan di akhbar tempatan. Mengikut khabar, terdapat seorang wanita India yang pernah mati dibunuh di bilik yang sama sekitar 90′an. Betul atau tidak, Wallahu’alam.


10. Wanita Kebaya Merah

Cerita berkenaan wanita kebaya merah ini memang popular di kawasan utara dan dikatakan telah menyebabkan berlaku beberapa buah kemalangan. Gambar ini juga disiarkan di akhbar Kosmo. Jelmaan itu muncul dalam gambar yang diambil oleh seorang lelaki untuk memotret isterinya di sebuah stesen minyak di bahagian Utara Semenanjung


Sumber 

SHARE

Blog Archive

disable copy content