Saturday, 9 June 2012

Ahli New Boyz dijatuhi hukuman MATI



SHAH ALAM: Pemain bass kumpulan New Boyz berdepan hukuman mati apabila didakwa di Mahkamah Tinggi di sini, semalam, atas tuduhan mengedar 1.321 kilogram (kg) ganja di sebuah kondominium di Damansara, dekat sini, dua tahun lalu.

Tertuduh, Zack atau nama sebenarnya, Radin Irwan Dzul Karnain Isagani, 32, didakwa mengedar 1.321kg ganja di K-11-9, Jalan PJU 6, Persiaran Pelangi Damansara, Petaling Jaya, jam 9.20 malam, pada 26 Januari 2010.

Bapa kepada dua anak itu didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Hakim Datuk Akhtar Tahir menetapkan kes dibicarakan selama lima hari mulai 24 September depan.

Pada prosiding sebutan kes itu semalam, Zack yang tinggal dalam tahanan reman sejak tarikh tangkapan hadir memakai baju-T berkolar kelabu dan jeans

Sumber

Thursday, 7 June 2012

Berhati-hati ketika menggunakan tandas awam



Berhati-hati ketika menggunakan tandas awam. Sila periksa di bahagian bawah mangkuk jamban dan di kawasan sekeliling. Ini bukti apa yang terjadi pada masa kini. Saya terpaksa muat naik gambar ini agar anda tahu kedudukan kamera tersebut.

P/S : Berita ini baru saja saya terima dari seorang rakan baik saya. Dia terkejut apa yang dia lihat di bawah mangkuk jamban tersebut. Selalunya manusia akan rasa geli jika terdapat kotak kecik, kotak rokok, kotak tisu, pembalut tisu, tuala wanita dan sebagainya. Mesti anda tidak terfikir langsung untuk membersihkan kawasan itu. Bagi anda adalah ia seperti sampah bukan. Tetapi awas!!! ia benar-benar terjadi. Sila ambil langkah berjaga-jaga ketika berada dalam tandas.

sumber: informasi.my

Ucapan Terakhir Banduan Sebelum Dihukum Bunuh













Sumber

Wednesday, 6 June 2012

Harga Minyak Turun RM0.10 mulai esok




KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini bersetuju supaya harga jualan runcit petrol RON97 bagi bulan Jun 2012 dikurangkan 10 sen seliter, iaitu kepada RM2.80 seliter daripada RM2.90 seliter berkuat kuasa mulai 7 Jun 2012.

Dalam satu kenyataan hari ini, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata penurunan itu berikutan harga purata minyak di pasaran bagi Mei 2012 telah menurun.


Katanya harga jualan runcit petrol RON97 pada dasarnya ditetapkan secara apung terurus di mana harga bulanannya akan diubah mengikut harga pasaran. - Bernama
Sumber

Rumah paling kotor dalam dunia


Mungkin anda ingat ni disebabkan taufan.....tidak sama sekali....

ni adalah sikap malas segelintir manusia

yang lebih teruk die ni seorang perempuan...













Semua Febreeze dan Clorox di dunia ... pun x boleh tolong

Tidaaaaak Komputer!












lawak bodoh Mr.Bean

Mr.Bean

mr bean joke @ today's joke

BARAH OTAK
Doktor : minta maaf,saya terpaksa mengatakan bahawa cik ade barah otak.
Mr. Bean : Yesss!!! (melompat sambil begembira)

Doktor : En faham tak ape yg saye cube beritahu ni?
Mr. Bean: Yes sudah tentu, ape awak fikir saya bodoh?

Doktor : habis tu kenapa encik sungguh gembira?
Mr. Bean: sebab ini membuktikan yang saya ade otak!

mr bean joke @ today's joke

kematian ibunya:
Mr. Bean:(menangis) doktor beritahu, mak dah mati.
Kawan : bersabarlah, kawanku.

(2 minit kemudian) Mr. Bean menangis dengan lebih kuat lagi

Kawan : apa yang dah berlaku?
Mr. Bean : kakak saya telefon, die cakap mak die pun meninggal jugak!


mr bean joke @ today's joke

MR. BEAN di dekolah:

Cikgu: apakah jawapan bagi 5 + 4?
Mr. Bean : 9
Cikgu : dan apa pula jawapan bagi 4 + 5

Mr.Bean : awak cube nak memperbodohkan saya, awak hanya memutarkan balik soalan, jawapan nya ialah 6!!!

10 Gambar Artis Malaysia Ketika Kanak-Kanak

Wardina
Lisa Surihani



Diana Danielle


Siti Nurhaliza


Umie Aida


Dafi


Atillia


Mila


Nana AF


Fasha Sanda
sumber: http://www.gempak.org/forum/showthread.php

Tuesday, 5 June 2012

Bekas awek Mamat Sepah bercerai selepas 17 hari berkahwin...


 Semasa bercinta dengan Mamat Sepah

Semasa perkahwinan


Nur Syuhada, 24, atau lebih dikenali sebagai Adda vokalis Kumpulan Butterfly yang juga bekas kekasih Mamat Sepah khabarnya telah bercerai selepas 17 hari berkahwin.

Adda yang ditemui semalam ketika menghadiri majlis tayangan istimewa filem 'Mael Lambong' mengesahkan perkara tersebut.

"Ya, saya telah bercerai selepas rumah tangga kami tidak dapat diselamatkan lagi. Jujurnya, saya sendiri belum merasa nikmat bergelar isteri melainkan ketika di hari persandingan sahaja.

"Ketika berita perkahwinan kami tersebar, bekas suami terpaksa mengaku yang dia berstatus duda sedangkan ketika itu dia memang suami orang.



"Mengeruhkan lagi keadaan apabila isterinya mengetahui perkahwinan kami.

Sejak hari itu, hubungan kami jadi porak peranda dan dia keluar rumah akibat tekanan," jelasnya.

Menurut Adda yang berkahwin pada 30 Mac lalu, sejak suaminya keluar dari rumah, mereka pernah bertemu untuk menyelesaikan masalah yang berlaku, namun perbincangan menemui jalan buntu.

Akhirnya, Adda diceraikan melalui telefon sahaja.

Walaupun kini bergelar janda diusia muda, Adda tetap bahagia dengan kehidupan yang dilalui.

 Sumber

Monday, 4 June 2012

BATU KARANG GERGASI dari pundi kencing (3 GAMBAR)

Seorang pesakit pesakit yang dinamakan Mr Zhang dan berasal dari daerah Hubei, Wuhan pada mulanya mengadu mengalami kesakitan ketika kencing dan apabila melakukan pemeriksaan x-ray, didapati sebiji batu karang sebesar 11 cm berada dalam pundi kencing beliau.

Selepas menjalani proses pembedahan, sebiji batu karang yang mempunyai berat lebih daripada 1 kilogram berjaya dikeluarkan. Di bawah ini ialah gambar batu karang tersebut, jangan tengok kalau tengah makan...haha






Sumber

DIANA DANIELLE SUDAH TERIMA CINCIN DARI FARID KAMIL

 

KUALA LUMPUR, 31 MEI 2012: Pelakon Diana Danielle akui cincin mas putih bertahtakan sebutir berlian yang disarung ke jari manisnya, merupakan pemberian daripada sang kekasih hatinya, Farid Kamil.
Namun, Diana Danielle menafikan cincin itu merupakan tanda dia sudah mengikat tali pertunangan atau merisik.

Sebaliknya ia hanyalah hadiah hari ulang tahun hubungan percintaan mereka.
“Ini hanyalah cincin yang diberikan oleh Farid Kamil ketika kami sambut hari ulang tahun percintaan yang kali ketiga kami pada awal tahun ini.

“Jangan salah anggap dengan pemberian cincin ini, ia hanyalah hadiah manja-manja sahaja,” katanya yang mengelak untuk mengulas lanjut.

Pelakon Magika itu diminta mengulas selepas dia dilihat mengenakan cincin tersebut ketika majlis tayangan perdana filem yang dibintanginya iaitu Jiwa Taiko yang berlangsung di e@Curve, malam semalam.
Dalam pada itu, Diana Danielle yang ditemani oleh Farid ketika tayangan perdana tersebut berkata, hubungan mereka sedang dalam proses untuk melangkah ke alam perkahwinan.

“Kami memang merancang hendak berkahwin tetapi belum dapat pastikan sama ada tahun ini atau tahun hadapan kerana saya tidak mahu menjanjikan apa-apa.
“Takut nanti lain jadinya dan kita juga tidak tahu apa yang akan terjadi di masa akan datang.

“Apa yang boleh saya beritahu, bila semua benda sudah selesai dan kami sudah setuju untuk memberitahunya, saya akan umumkannya juga,” luahnya lagi.
Membawa bersama Farid Kamil ke tayangan perdana tersebut, Diana Danielle berkata Farid Kamil seorang yang sangat menyokong kerjaya lakonannya.

Malah, apabila ditanya adakah Farid Kamil tidak cemburu dengan adengan romantiknya yang berpelukan dan berciuman bersama Remy Ishak di dalam filem tersebut, Diana Danielle menjawab dia bersyukur kerana Farid memahami.

“Tiada masalah kerana dia sangat memahami dan dia juga tahu apa yang dilihat itu hanya adalah camera trick sahaja.

“Malah dia pun sebelum ini pernah bekerja dengan pengarah yang sama iaitu Osman Ali. Jadi rasanya tiada masalah,” ulasnya.
Selain Diana, Jiwa Taiko turut dibintangi barisan pelakon hebat seperti Fizz Fairuz, Remy Ishak, Nadiya Nisaa, Bront Paralae dan ramai lagi.

Filem terbitan Nuansa Sdn Bhd yang mendapat kerjasama edaran Metrowelath Sdn Bdh (MIG) itu bakal menjengah pawagam seluruh Malaysia mulai 14 Jun ini.

SHARE

Blog Archive

disable copy content