Friday, 25 May 2012

Vasseti Datatech Lancar Perkhidmatan Internet Berkelajuan Tinggi 1000 Mbps

 

 KUALA LUMPUR - Vasseti Datatech Bhd akan memperkenalkan perkhidmatan internet berkelajuan tinggi di Malaysia pada 1 Jun berikutan penandatanganan perjanjian perkhidmatan dengan GL Broadband (GLBB), iaitu satu penyedia perkhidmatan internet pelbagai bahasa di Jepun.

Pengarah Urusan Kumpulan Ranjeet Singh Sidhu berkata kumpulan itu telah melabur kira-kira RM500 juta untuk memasang serat optik bagi pelaksanaan perkhidmatan itu.

"Kami berharap memulakan perkhidmatan kami pada 1 Jun dan menjangka mencapai 20,000 pengguna dalam tempoh enam bukan beroperasi," katanya kepada pemberita selepas menandatangani perkhidmatan perkhidmatan itu hari ini.

Ranjeet menandatangani bagi pihak Vasseti manakala GLBB diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Paul Edward Foulkes.

Ranjeet berkata GLBB akan menjadi rakan penyumberan luar rasmi Vasseti dalam pengemblengan dan peluasan penawaran jalur lebar itu dan akan menguruskan kesemua operasi perniagaan dan komersil Vasseti.

"GLBB akan menyandarkan aset tekco Vasseti seperti V Telecoms Bhd yang memiliki infrastruktur serat optik yang meluas di Lembah Klang serta Semenanjung Malaysia," katanya.

Foulkes berkata projek itu akan dilaksanakan secara berfasa, bermula di Lembah Klang sebelum dipanjang ke negeri lain di Malaysia dalam tempoh enam bulan.

"Kami menjangka menjelang akhir 2012, seluruh Malaysia akan dapat menerima perkhidmatan kami," katanya sambil menyatakan kumpulan itu masih belum memutuskan caj penggunanya.

"Kami akan menawarkan penyelesaian jalaur lebar 5Mbps, 10Mbps, 20Mbps dan 50Mbps bagi pengguna kediaman dan perniagaan," katanya


Thursday, 24 May 2012

Tukang Gunting Sultan Brunei - Jutawaan



Brunei Darussalam Siapa pun tahu Sultan Brunei Darussalam Hasanal Bolkiah sangat kaya. Sungguh kayanya, tuanku menghabiskan ratusan juta untuk urusan gunting rambut saja........

Tukang gunting Sultan adalah adalah Ken Modestou. Warga London itu sudah 16 tahun ia menjadi tukang gunting kesayangan Sultan Brunei. Modestou bekerja di hotel Dorchester, London. Setiap kali ingin potong rambut, Sultan selalu menerbangkan Modestou dengan pesawat kelas utama dari London ke Brunei. Semuanya dibayar, termasuk hotel dan makanan,"



Ken Modestou Modestou sendiri biasanya memberikan khidmat potong rambutnya di Dorchester distrik Mayfair Inggris dengan mengenakan bayaran sekitar 30 pounsterling.


Namun setelah menjadi tukang cukur Sultan, beliau dibayar ribuan kali lipat oleh Sultan Brunei. Modestou sudah menjadi tukanggunting langganan Sultan sejak 16 tahun lalu..

SUmber

Top 5 Gaji Presiden Tertinggi di Dunia

Seorang President selain memperoleh tahta,  mereka juga mendapat kemudahan dan layanan yang istimewa, apatah lagi dengan jumlah gaji yang tinggi berbanding dengan pegawai kerajaan yang lain. Walaubagaimanapun, gaji President yang tinggi itu setanding dengan tanggungjawabnya, di mana beliau mempunyai tugas yang sangat berat untuk mentakbir negarnya. Oleh itu, wajar sekirannya Seseorang Presiden itu mempunyai gaji yang tinggi..
  
#No 5 President Perancis (Nicholas Sarkozy)
 Gaji 318,000 USD setahun = Rm990,072 (ribu) = Rm82,506 sebulan

 #4. Perdana Menteri Irlandia ( Brian Cowen )
Gaji 341,000  USD setahun = Rm 1,061,681 (juta) =Rm88,416sebulan

 #3. President Amerika ( Barack Obama )
Gaji 400,000 USD setahun = Rm1,245,374 (juta) = Rm103,781 sebulan
#2. Ketua Pemerintah HongKong ( Donald Tsang Yum-Kuen )
Gaji 516,000 USD setahun = Rm 1,606,533(juta) = Rm133,877 sebulan


 #1 Perdana Menteri Singapura ( Lee Hsien Loong )
 Gaji 2,47juta USD setahun = Rm7,690,187 (juta)= Rm640,000sebulan

Tanda-tanda Orang Lelaki Merajuk


Diam Seribu Bahasa
Dia diam je sepanjang ada dengan kita. Walaupun kita bercakap dengannya, dia hanya mengiayakan atau dia anggukkan kepalanya saja. Dia sikit pun tak akan layan kita seperti sebelum ini. Jika benda ini berlaku, sah lah tu dia merajuk dengan kita.

Buat Tak Tahu
Dia akan buat tak tahu dengan kita. Jika kita minta tolong dengan dia seperti kemaskan meja ke, dia buat acuh tak acuh je. Paling teruk, dia buat-buat tak dengar. Ini cara protes yang paling teruk sebab dia bukan je buat kita geram tapi buat seolah-olah kita ni tak wujud.


Menolak Untuk Makan Bersama
Bila lelaki merajuk biasanya dia tak nak jumpa kita atau face to face dengan kita. Dia akan bagi alasan seperti “awak makan la dulu, saya kenyang lagi la..lagipun, saya dah makan dengan kawan saya tadi” (walhal perut lapar… nak uji dorang, kita dok je sila depan dorang, sambil makan… )

Masam Muka
Tindakan yang ni ialah tindakan yang paling kita geram. Dah lah tak nak cakap ngan kita dah tu nak tarik-tarik muka pulak. Tak puas hati la konon. Tapi adat la kalau orang dah merajuk. Perempuan pun lebih kurang je! (amik hanger, gantung kat muncung dia)



Baca Surat Khabar
Bab ni memang tabiat orang lelaki. Tapi kalau surat khabar tu dibaca banyak kali tanpa sebab maknanya jiwa dia tak tenteram; ada sesuatu yang mengganggu diri dia. Lagi-lagi pulak kalau tengah-tengah malam buta.

Menonton Televisyen Hingga Lewat Malam
Dia akan tengok TV tu sampai larut malam walaupun rancangan tu bukan rancangan kegemaran dia. Mata dia di TV tapi hatinya ke lain.

Keluar Rumah Tanpa Beritahu
Ada lelaki yang tak akan memberitahu mana dia nak pergi. Nak protes la tu kononnya. Kita jangan paksa dia untuk menjawab pertanyaan kita kerana confirm dia akan buat dek je!

Matikan Telefon Bimbit
Satu lagi tabiat lelaki, dia tak suka diganggu bila perasaannya tengah marah. Untuk mengelakkan kita mengganggu dia, dia akan matikan telefon bimbit dia & bagi alasan bateri kong. Alasan dia satu je, dia tak mahu dengar suara kita takut perasan marahnya lagi kuat…

Hisap rokok
Macam tak pernah dapat rokok setahun…

Wednesday, 23 May 2012

M.NASIR TERKEJUT TERPILIH PESERTA IMAM MUDA 3



KUALA LUMPUR: Muhammad Nasir M Yakub Ismail atau M. Nasir dari Sumatera Utara, Indonesia memberitahu menangis apabila dimaklumkan terpilih menjadi sepuluh peserta akhir rancangan Imam Muda musim ketiga yang bakal bersiaran pada 1 Jun depan.

M.Nasir,26, memberitahu dia sangat terharu dipilih menyertai program tersebut kerana sentiasa mengikuti perkembangan dua siri terdahulu Imam Muda serta berjanji untuk belajar bersungguh-sungguh selepas dipilih menyertai program realiti tersebut.

“Saya menangis saat diberitahu menjadi sepuluh peserta akhir Imam Muda kerana akhirnya saya dapat belajar daripada ilmuwan terbaik dari negara ini,” ujarnya kepada mStar Online ketika ditemui pada majlis pelancaran program itu di sini pada Selasa.
M.Nasir merupakan satu-satunya peserta antarabangsa dalam sepuluh calon akhir program Imam Muda musim ketiga.
Ia bakal bersiaran pada 1 Jun depan, pukul 9 malam menerusi saluran Astro Oasis sementara episod pengenalan akan muncul pada 28 Mei ini. Pelancaran musim ketiga program berkenaan dilakukan oleh Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Masitah Ibrahim.

Dalam pada itu, Pengurus Besar Saluran Astro Oasis, Izelan Basar berkata, untuk musim kali ini pihak produksi turut menerima penyertaan daripada negara jiran seperti Thailand, Kemboja dan Brunei dengan peningkatan sebanyak 32 peratus penyertaan berbanding musim lalu.

Pihaknya juga turut menerima 301 penyertaan menerusi dalam talian dan kebanyakan yang membuat permohonan itu adalah penuntut di luar negara seperti dari Jordan, Mesir, Brunei dan Indonesia.

“Daripada jumlah itu tiga peserta telah berjaya menjadi sepuluh peserta akhir selepas menjalani uji bakat secara dalam talian,” katanya.

 
Masih mengekalkan Datuk Mahmud Al-Hafiz sebagai Mudir (Pengetua), Imam Muda musim terbaru ini turut menyaksikan kembalinya alumni musim lalu iaitu Asyraf dan Hizbur yang bakal mengalas tanggungjawab sebagai Mursyid (Mentor).

Berbeza dengan musim terdahulu, Mudir dan dua orang Mursyid ini akan dibantu oleh barisan Naqib (Tenaga Pengajar) yang terdiri daripada barisan Imam Muda daripada musim sebelumnya.

“Seramai sepuluh orang Naqib daripada musim pertama dan kedua akan membimbing peserta kali ini dan pemilihan itu adalah untuk membolehkan mereka berkongsi ilmu dengan peserta baru,” ujarnya.
Sementara itu, Izelan berkata, Imam Muda kali ini akan bertemakan Perhubungan Keluarga dan bakal memberikan cabaran lebih hebat.

Selain M.Nasir, sembilan peserta lain adalah Muhammad Ramadhan Subky Abdullah, 25 (Kuala Lumpur), Fakhrulrazi Ibrahim, 25 (Pulau Pinang), Omar Mohd Mokhtar, 21 (Pahang), Syed Mohd Faris Syed Roslan, 26 (Perak) dan Mohammad Hafiz Abdul Kadir, 27 (Kuala Lumpur).

Turut menyertainya Abdul Jabbar Mohammed Kahar, 28 (Selangor), Megat Mohd Zaid Megat Azmuddin, 26 (Perak), Mohammad Azri Nami Mohd Kamal, 21 (Johor) dan Abdul Rahman Naufal Mohd Hatta, 21 (Johor).

Imam Muda musim ketiga bakal dihoskan oleh Akhil Hayy.

Monday, 21 May 2012

Gurauan Bodoh Yang Membawa Padah




WASHINGTON – Sepasang suami isteri panik selepas anak lelaki mereka terperangkap selama lima minit di dalam sebuah mesin basuh automatik di sebuah kedai dobi layan diri di Amerika Syarikat.

Difahamkan sebelum kejadian, kedua suami isteri itu dipercayai sedang bergurau dengan meletakkan anak mereka ke dalam mesin basuh di kedai dobi Laundromat tersebut.

Perbuatan itu turut mengundang kemarahan pelanggan lain.

Tindakan bodoh yang dirakam menerusi rakaman televisyen litar tertutup premis tersebut turut dimuat naik ke laman web perkongsian video, Youtube dan telah ditonton lebih 26,000 pengguna Internet setakat ini. –


SinarHarian

Sunday, 20 May 2012

[18SG] Pengedar dadah potong mayat anggota polis

AMARAN...GAMBAR-GAMBAR DI BAWAH MENGANDUNGI UNSUR-UNSUR YANG SANGAT GANAS...



Beberapa orang pegawai polis yang cuba masuk campur dalam urus niaga kartel dadah Mexico dibunuh, dikerat-kerat, disiat-siat, kemudian mayat mereka dihiaskan di kaki lima berdekatan dengan balai polis.






























Sumber

Lima saat saja dari Pahang ke Kelantan

 

KUALA LIPIS: Dia seorang guru silat yang terkenal di Merapoh dan andainya dia berkata bahawa tidak perlu menaiki kenderaan untuk ke Kelantan, pasti ramai yang mengaitkan kenyataannya itu dengan ilmu serta kehandalan yang dimilikinya.

“Memang saya boleh ke Kelantan dalam tempoh tidak sampai lima saat. Kalau tidak percaya, saya boleh buktikan,” kata Ismail Abdullah, 68, yang menetap di Kampung Mentara Baru, Merapoh, dekat sini.


Bukan niat Ismail bermegah dan berbangga dengan ilmunya, tetapi memang bukan sesuatu yang sukar baginya ke negeri jiran itu.


Selepas diselidik, rupa-rupanya rumah Ismail terletak di garisan sempadan Pahang-Kelantan dan dalam beberapa langkah saja, Ismail boleh berada di Kelantan dan pulang ke Pahang dalam sekelip mata.


“Saya tidur di Pahang dan memasak di Kelantan. Saya tidak perlu menaiki kenderaan ke Kelantan. Kadangkala, saya sendiri keliru sama ada saya orang Pahang atau Kelantan.


“Kalau mengikut sijil kelahiran, saya orang Kelantan, tetapi saya merasakan saya orang Pahang kerana sebahagian besar dari hidup saya dihabiskan di negeri itu,” katanya.


Ismail yang juga bekas Ketua Kampung Mentara Baru berkata, keadaan itu sudah dialaminya sejak kecil lagi dan dia hanya mengetahui rumahnya terletak di sempadan Pahang-Kelantan apabila Jabatan Ukur dan Pemetaan (Jupem) meletakkan batu sempadan pada tahun 1962.

Dia yang sudah kematian isteri sejak lebih lima tahun lalu menetap di rumah berkenaan bersama dua daripada lapan anaknya.


“Alamat saya menunjukkan saya menetap di Pahang, tetapi tidak sampai 5 saat, saya boleh berada di negeri Kelantan. Kalau orang lain, mereka memerlukan masa paling tidak 5 jam untuk ke Kelantan tetapi tidak bagi saya,” katanya sambil bergurau.


Itulah istimewanya kediaman Ismail dan dia tidak berhasrat mengubah lokasi rumahnya kerana selesa dengan keadaan itu walaupun pernah terfikir berpindah.

SHARE

Blog Archive

disable copy content