Wednesday, 16 May 2012

Melawat Gudang EMAS di Bank of England Bernilai RM 750 Billion

Inilah gudang simpanan emas bank of England yang dikatakan mempunyai jumlah simpanan jongkong emas bernilai RM 750 billion! MasyaAllah. Kalau boleh dapat seketul pun jadilah...


Info tambahan:
  • Terdapat berpuluh ribu jongkong emas yang disimpan di sini dengan setiap satunya bersaiz 28lb dan berketulenan 24 karat. Jumlah jonkong emas itu dikatakan seberat 4,600 tan.
  • Gudang ini dibina di bawah tanah dengan ketebalan dinding gudang sehingga beberapa meter di bawah jalan raya yang sibuk di London. Ia dikatakan berada di lokasi Old Lady of Threadneedle, di mana ibu pejabat Bank of England's City of London berada. 
  • Untuk fakta, apa yang anda saksikan dalam gambar-gambar di bawah ini hanyalah satu per dua puluh dari keluasan sebenar gudang emas ini. Keluasannya adalah lebih besar dari keluasan bangunan tertinggi di London, Tower 42.
  • Bayangkan saja, untuk membuka pintu masuk ke gudang ini, anda memerlukan sebatang kunci yang bersaiz 3 kaki panjang. Itu belum lagi termasuk pelbagai tahap sekuriti canggih yang ada di situ.
 



Kepala Pelakon Yatt Hamzah Melekat Di Sejadah Ketika Solat Taubat

 
 
Pelakon Yatt Hamzah, 32 terkejut apabila kepalanya melekat lebih setengah jam pada sejadah ketika dia melakukan solat taubat baru-baru ini. Dalam sujud yang lama itu, Yatt berkata, dia nampak jelas setiap wanita mendedahkan aurat dipanggang api neraka yang amat dahsyat.

"Yatt menangis sambil menggigil ketakutan menyaksikan azab yang diterima wanita tidak menutup aurat."

Sebelum itu dia bersama rakan menghadiri usrah pada 5 April lalu. Usrah itu berjaya menimbulkan keinsafan dirinya kerana sering mangabaikan solat selain mendedahkan aurat semata-mata mengejar glamour sebagai artis popular.

"Setiba di rumah pada petang itu Yatt terus buat solat taubat."

Peliknya, kata Yatt, ketika dia melakukan sujud terakhir kepalanya tidak dapat diangkat. Mau tak mau, kata Yatt lagi, dia terus sujud memohon keampunan Allah sambil menangis.

Dalam sujud yang panjang itulah Yatt nampak jelas wanita yang mendedahkan aurat diseksa Allah di neraka.
Tangisan Yatt makin kuat melihat gambaran neraka yang amat mengerikan itu.

"Yatt nampak semua wanita itu digantung rambutnya pada api neraka."

"Semua wanita itu meraung minta Allah kembalikan mereka ke dunia untuk bertaubat dan memakai tudung."

Malam itu kata Yatt dia tertidur di atas sejadah yang dibaluti telekung hingga ke subuh.

p/s: Subahanallah.. Inilah kuasa Allah... Betapa beruntungnya Yatt sebab dapat bertaubat dan mendapat peringatan dari-Nya. Semoga dengan ini akan menjadi pengajaran kepada semua wanita diluar sana. Ambillah iktibar dari peristiwa ini.

Tuesday, 15 May 2012

Fasha Sandha Disahkan Hamil

Klik pada gambar untuk gambar yang lain

Fasha Sandha diumumkan telah hamil oleh pengurusnya, Nik Yasmin melalui kiriman pesanan BBM yang dihantarkan kepada Media Hiburan sebentar tadi.

Fasha Sandha & Jejai melakukan pemeriksaan doktor sebaik sahaja pulang daripada berbulan madu dan disahkan hamil selama 2 minggu. Kedua-dua pasangan ini yang telah diijabkabulkan pada 28 April 2012 dinasihatkan doktor agar tidak melakukan kerja-kerja berat.

Manakala, Fasha melalui laman Facebooknya berkongsi berita gembira ini dengan peminat berbunyi, “Bunting pelamin. Rezeki dari Allah yangg paling bermakna buat setiap pasangan suami isteri. Syukur Alhamdulillah. Doa kami berdua dimakbulkan Allah. Terima kasih keluarga, peminat yg mendoakan kebaikan utk kami. Doakan agar kandungan awal ini sihat selalu.. Syukur. Amin.”

Tahniah buat Fasha & Jejai.

Sumber

Monday, 14 May 2012

Nora Danish Kini Bergelar Isteri Adi Putra

Fuhhhhhhhhh. Tajuk tak mengalah kan? Takkanlah dia sanggup menduakan isterinya. Nasib baiklah perkahwinan ini hanyalah untuk filem Aku Terima Nikahnya.

Lagi beberapa keping gambar Nora Danish menjadi isteri kepada Adi Putra dengan membaca entri ini sepenuhnya.





Sumber

Sunday, 13 May 2012

Abang kahwin adik sendiri


 
SEIRAS... pasangan muda yang mendakwa suami isteri




ULU BARAM: Mungkin pelik bagi kita, tetapi satu kumpulan suku kaum Penan di sebuah perkampungan di sini masih mengamalkan perkahwinan sesama ahli keluarga, termasuk anak dengan ibu, bapa atau sesama saudara kandung.

Siasatan dan tinjauan Metro Ahad mendapati, kira-kira 15 keluarga yang mendiami kawasan itu secara berpindah-randah walaupun disediakan rumah panjang, mempunyai pertalian darah, malah 10 pasangan berkahwin dengan darah daging sendiri.


Ia dipercayai menjadi antara faktor kebanyakan remaja dan kanak-kanak di situ tidak memiliki kad pengenalan kerana mereka biasanya tidak mendaftarkan kelahiran hasil perkahwinan cacamarba itu, selain tidak sempat ke klinik.


Bagi masyarakat tempatan, terutama pada zaman dulu, ia perkara biasa kerana mereka yang hidup nomad dalam jumlah kecil tidak banyak pilihan untuk mencari pasangan hidup, namun ia janggal bagi masyarakat luar.


Walaupun perkahwinan sesama mahram, termasuk antara dua beranak, semakin terhakis selepas mereka mula mendiami rumah panjang, komuniti yang mendiami kediaman itu sebenarnya masih adik-beradik.


Sumber

SHARE

Blog Archive

disable copy content