Saturday, 28 April 2012

Perompak mati kepala tersepit

DUNGUN - Seorang lelaki berusia 34 tahun yang dipercayai cuba memecah masuk sebuah rumah menerusi lantai menemui ajal apabila kepalanya tersepit di celah lantai kayu tersebut.



 Kejadian berlaku antara pukul 7 pagi hingga 3.30 petang semalam di Kampung Sura Hujung ketika penghuni rumah berkenaan, Wan Azhan Wan Abdullah, 43, keluar mengajar di sekolah berhampiran.



 Menurut Wan Azhan, dia terkejut apabila melihat satu objek di lantai bahagian dapur rumahnya ketika pulang dari mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Batu 7, dekat sini.

 "Ketika sampai di rumah, saya terus ke ruang dapur untuk ke tandas tetapi tiba-tiba saya terlihat kepala orang dalam keadaan mengerikan," ceritanya ketika ditemui di rumahnya dekat sini, semalam.

 Dia kemudiannya terus memanggil jirannya kerana tidak percaya dengan apa yang dilihatnya tetapi mereka mengesahkan ia adalah kepala manusia.

 Katanya, dia turut memeriksa bahagian bawah rumah dan terkejut apabila mendapati badan mangsa terjuntai di antara lantai rumah setinggi kira-kira satu meter itu. Menurut Wan Azhan yang tinggal bersendirian di rumah tersebut sejak tahun 1983, dia mengenali mangsa yang juga jirannya. - berita

p/s: Subhanallah...Allah bayar cash pada arwah...belum sempat merasa barang curi...harap bakal2 dan kaki pencuri, di luar sana, ambil iktibar...rasenya...dalam situasi tu, belum tentu sempat mengucap kan..=(

Sumber

Cara-Cara Membuat Telur Rebus Berwarna-Warni

Menarik jugak kalau dapat buat efek telur rebus yang berwarna-warni macam kat bawah ni...bukannya susah pun, senang jer...lagipun selamat dimakan. Teknik-teknik dibawah amat sesuai bagi mereka yang menyukai sesuatu yang berseni. Nak buat hantaran untuk majlis bertunang dan kahwin pun boleh...


Cara-caranya:

1. Masukkan telur ke dalam air untuk direbus


2. Rebus telur sampai mendidih


3. Retak-retakkan kulit telur yang telah siap direbus


4. Hasil telur yang telah diretakkan


5. Sediakan pewarna makanan


6. Masukkan telur ke dalam plastik, kemudian tuangkan pewarna ke celah-celah retakan telur


7. Bungkus telur dengan plastik agar warnanya menjadi rata


8. Keluarkan telur dari plastik, kemudian alirkan dengan air bersih


9. Kupas kulit telur yang telah diwarna


 10. Siap sudah! Boleh dihias mengikut citarasa dan kreativiti


11. Isi dalam telur

Kereta Polis melanggar orang awam di BERSIH 3.0









Sebuah kereta polis telah melanggar orang ramai yang sedang duduk di depan SOGO. Ekoran itu di khuatiri 3 orang dilaporkan cedera parah. Kereta Polis tersebut terpaksa diterbalikkan oleh orang ramai kerana mangsa dijangka tersepit dibawah kereta Polis tersebut....Lihat darah yang bertaburan berhampiran kereta tersebut..


Friday, 27 April 2012

Fasha Sandha Sah Bergelar Isteri Jejai


SEBENTAR tadi, berlangsungnya majlis pernikahan antara pelakon, Fasha Sandha,28, dan juga Rizal Ashram, 36, (Jejai). Kedua-dua pasangan mempelai ini telah mengadakan majlis pernikahan mereka di Hotel Crowne Plaza, Kuala Lumpur.

Berwalikan Hassan Moaideen, bapa kandung kepada Fasha Sandha, pasangan ini telah dinikahkan oleh Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Mohd Sahirman Ahmad lebih kurang jam 9.45 malam tadi.
Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran ahli keluarga terdekat, rakan-rakan dan juga beberapa orang selebriti lain seperti Isma AF, Faradhiya, Tomok, Rebecca Nur Islam dan suami serta Nor Aliah Lee.

Bawa motor baring sambil main SMS


Selamber je mamat ni baring atas moto sambil main handphone..langsung tak takut accident kan.. tapi ni bukan kat Malaysia... Mat rempit Malaysia semua pengecut mane boleh buat style camni...haha.. Jaga keselamatan anda dan ingatlah orang tersayang...

Siaran FREE Astro selama 10 hari !!!!!!!!!!!!

Mulai 27 April sehingga 6 Mei 2012 selama 10 hari, semua 130 saluran ASTRO (kecuali ASTRO First) boleh ditonton oleh semua pelanggan tanpa mengira pakej yang mereka ambil. Ini termasuklah Pakej Filem, Sukan, Indo Pek, Dinasti, Maharaja, Pakej Mini dan Metro.

Saluran ini dibuka untuk tontonan semua pelanggan ASTRO sebagai menghargai para pelanggannya yang memilih ASTRO sebagai pemenang jenama Siaran TV Satelit pilihan rakyat Malaysia baru-baru ini.

Thursday, 26 April 2012

Benar atau tidak: Gambar lucah Intan Ladyana

 
Gambar yang didakwa milik Intan


 
Hakikatnya jelas bukan beliau

 

SHARE

Blog Archive

disable copy content