Saturday 3 November 2012

Serbuan JAIS ke atas markas Al-Arqam


Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menggagalkan satu perhimpunan ajaran sesat, yang disyaki ‘Aurad Muhammadiah’ dan cubaan menghidupkan semula ajaran Al-Arqam di Bandar Country Homes di Rawang, malam tadi.

Serbuan Jais dibuat kira-kira jam 10.30 malam dan beberapa ahli jawatankuasa majlis ditahan bagi membantu siasatan.

 

Majlis Ulang Tahun ke-12 Global Ikhwan Sdn Bhd (GISB) sempena Milad Abuya Syeikh Imam Muhammad AtTamimi itu dihadiri hampir 3,500 orang.

Difahamkan, lebih 20 orang tetamu termasuk Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Dr Badrulamin Baharon ditahan untuk diambil keterangan dan membantu siasatan.

Seorang timbalan pengarah perhimpunan, yang dikenali sebagai Nawawi, ketika disoal siasat pegawai penguat kuasa Jais berkata, perhimpunan diadakan sempena sambutan ulang tahun keputeraan Ashaari Muhammad bertemakan “Abuya Terus Memimpin Walaupun Ghaib”.
Nawawi berkata mereka hanya mengadakan kenduri mega dan majlis doa selamat.

 
Berlaku sedikit kekecohan antara pengikut ajaran dengan anggota penguat kuasa Jais kerana enggan mengikut arahan membantu siasatan.

 
Penganjur turut menurunkan kain rentang serta acara dihentikan serta-merta ekoran serbuan yang diadakan.

 Sumber




VIDEO: Kubur Berasap... Sungguh dasyat seksaan kubur itu..Semoga selepas anda tonton video ini kita akan mendapat iktibar dan pengajaran.. Klik sini untuk tonton video: http://on.fb.me/TCj1ll 


SHARE

Blog Archive

disable copy content