Wednesday, 3 October 2012

Vanidah Imran & Rashidi Ishak digesa rujuk semula




Isu perceraian bukanlah satu perkara yang boleh dibuat main. Begitulah yang terjadi di antara pasangan selebriti popular Rashidi Ishak dan isteri Vanidah Imran apabila pasangan itu digesa untuk pergi ke Jabatan Agama Islam berikutan lafaz cerai yang dilakukan di dalam filem "Untuk Tiga Hari".

Dipetik dari laporan Utusan Malaysia, walaupun ianya hanya dilakonkan di dalam filem namun merujuk kepada Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, lafaz cerai yang diungkap di dalam filem tersebut sebagai Zafran menyebabkan perkahwinan yang dibina sejak 1 Oktober 2000 tidak sah di sisi Islam.

"Pasangan selebriti itu digesa merujuk kembali kepada Jabatan Agama Islam. Apabila anda berkata- kata dengan menggunakan lafaz cerai walaupun tidak bermaksud sedemikian ianya masih dikira. Lafaz cerai bukan sesuatu perkara yang boleh dibuat main."

Semoga mereka menemui jalan penyelesaian dan tidak diikuti mana – mana artis yang turut bekerja di bawah satu bidang. Pastikan menerima sumber rujukan yang sah sebelum menjayakan sesuatu watak.



Sumber

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SHARE

Blog Archive

disable copy content