Thursday, 14 June 2012
Masalah Ketiak Hitam
Kenapa Ketiak Boleh Jadi Hitam?
1. Kerana Mencabut dan Mencukur Bulu Ketiak - Jika anda mencukur bulu atau rambut ketiak adalah penyebab utama ketiak anda menjadi hitam. Kulit di ketiak sangat tipis dan sensitif. Setiap kali anda mencukur atau mencabut bulu ketiak, luka di kulit ketiak membuatnyat berwarna gelap setelah sembuh. Anda mungkin tidak menyedari hal ini, tetapi cubalah siramkan alkohol atau lotion di ketiak anda setelah mencabut atau mencukur. Kulit ketiak anda pasti terasa sakit membakar kerana melecet. Mencukur bulu ketiak juga dapat menyebabkan folikel rambut membesar, sehingga ketiak anda menjadi kasar seperti kulit ayam. Jika anda mencabutnya, ia akan menarik akar rambut, meninggalkan bekas pecah dan bengkak.
2. Kehamilan - Setelah bersalin, kulit di ketiak dan beberapa bahagian tubuh lain seperti leher, perut, dan pinggang menjadi gelap. Hal ini normal kerana hormon di tubuh anda semasa hamil memungkinkan pelepasan terlalu banyak melanin (pigmen coklat yang menentukan warna kulit) sehingga kulit di beberapa bahagian tubuh itu mengalami hiperpigmentasi atau menjadi hitam. Hiperpigmentasi ini tidak mudah dihindari, namun ia akan menghilang dalam beberapa bulan setelah bersalin.
3. Penyebab lain - Beberapa deodoran dapat menyebabkan alergi dan iritasi kulit yang mengakibatkan kulit ketiak menghitam. Kegemukan juga dapat memperburuk pigmentasi dan menggelapkan beberapa bahagian tubuh, termasuk tengkuk, ketiak, dan belakang lutut.
Biasanya ketiak menjadi hitam apabila kita tidak berhati-hati semasa bercukur atau pun mencabut bulu ketiak. Ini disebabkan liang-liang roma membesar kalau kita tidak berhati-hati apabila mencukur bulu ketiak. Akibatnya segala kandungan yang ada dekat deodoran, bedak, atau segala yang diletakkan pada ketiak, ia akan memasuki liang-liang roma yang terbuka tadi, dan secara langsung menghitamkan ketiak anda.
• Setiap kali anda ingin mencukur ketiak, pastikan pisau cukur itu betul-betul tajam.
• Guna shaving cream dan bercukur pada satu arah saja.
• Gunakan scrub secara teratur dan gosok perlahan-lahan supaya sel kulit yang mati dapat ditanggalkan. Berhenti jika terasa pedih.
Sumber: http://aidawahablovefun.blogspot.com/2012/06/maslah-ketiak-hitam.html