Tuesday, 5 June 2012

Bekas awek Mamat Sepah bercerai selepas 17 hari berkahwin...


 Semasa bercinta dengan Mamat Sepah

Semasa perkahwinan


Nur Syuhada, 24, atau lebih dikenali sebagai Adda vokalis Kumpulan Butterfly yang juga bekas kekasih Mamat Sepah khabarnya telah bercerai selepas 17 hari berkahwin.

Adda yang ditemui semalam ketika menghadiri majlis tayangan istimewa filem 'Mael Lambong' mengesahkan perkara tersebut.

"Ya, saya telah bercerai selepas rumah tangga kami tidak dapat diselamatkan lagi. Jujurnya, saya sendiri belum merasa nikmat bergelar isteri melainkan ketika di hari persandingan sahaja.

"Ketika berita perkahwinan kami tersebar, bekas suami terpaksa mengaku yang dia berstatus duda sedangkan ketika itu dia memang suami orang.



"Mengeruhkan lagi keadaan apabila isterinya mengetahui perkahwinan kami.

Sejak hari itu, hubungan kami jadi porak peranda dan dia keluar rumah akibat tekanan," jelasnya.

Menurut Adda yang berkahwin pada 30 Mac lalu, sejak suaminya keluar dari rumah, mereka pernah bertemu untuk menyelesaikan masalah yang berlaku, namun perbincangan menemui jalan buntu.

Akhirnya, Adda diceraikan melalui telefon sahaja.

Walaupun kini bergelar janda diusia muda, Adda tetap bahagia dengan kehidupan yang dilalui.

 Sumber

SHARE

Blog Archive

disable copy content