Saturday, 5 May 2012

Polis trafik maut dilanggar bas - VIDEO

KUALA LUMPUR – Sebuah rakaman video yang sangat tragis telah dimuat naik ke laman Youtube yang menyaksikan seorang pegawai polis trafik yang sedang bertugas telah dilanggar oleh sebuah bas yang bergerak laju.

Insiden yang dipercayai berlaku di Johor Bahru itu difahamkan telah meragut nyawa mangsa.


Salah seorang pelayar Youtube yang menggunakan nama samaran masihteguhberdiri memberitahu bahawa identiti anggota trafik yang malang itu ialah Koperal Ismayuddin Ismail dan telah meninggal dunia disebabkan kemalangan tersebut.

“Arwah yang dimaksudkan bernama Koperal Ismayuddin Ismail, berusia 50 tahun. Mari kita ramai2 sedekahkan Alfatihah untuk arwah dan mendoakan semoga pemandu bas tersebut dihukum dengan berat,” komennya di ruangan bawah video Youtube itu.

Sementara itu, difahamkan juga bahawa pemandu bas yang bertanggungjawab melanggar Allahyarham Ismayuddin telah ditahan sebelum dilepaskan kemudiaannya dengan ikat jamin berjumlah RM10,000 sehingga menunggu perbicaraan pada 24 April ini.sumber: mynewshub

SHARE

Blog Archive

disable copy content