Thursday 10 May 2012

Loji Penapisan Gas Petronas di Kertih Meletup, 2 Maut, 23 Cedera


mangsa yg cedera parah


KERTIH: Dua orang pekerja kontrak maut dan 23 lagi cedera dalam kebakaran di  pusat pemprosesan gas di Loji Pemprosesan Gas 3 (GPP3) dalam kawasan Kompleks A milik Petronas di sini, Khamis.

Pekerja itu, Rosli Mansor, 31, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dalam kebakaran kira-kira 3 petang itu, menurut kenyataan Petronas Gas Berhad (PGB).

Menurut kenyataan itu, jenazah Rosli yang berasal dari Kuala Terengganu dihantar ke Hospital Kemaman untuk bedah siasat.

Seorang lagi pekerja Mohd Zamri Fithri Mat Nor, 25 berasal daripada Padang Pulut di sini yang mengalami kecederaan parah dengan 90 peratus bahagian badannya melecur, dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk rawatan lanjut. Dikatakan mangsa telah meninggal dunia. Innalillah..

Baki mangsa lain yang cedera dirawat di Hospital Kemaman dan Hospital Dungun.

Menurut PGB, kesemua mangsa merupakan kakitangan kontraktor, Hyundai PFCE, yang sedang menjalankan kerja menyenggara di loji berkenaan. Ketika kejadian kira-kira 2,000 orang sedang bertugas di sekitar kawasan berkenaan.

Menurut kenyataan itu, kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya kira-kira 3.30 petang dan PGB telah mengambil langkah sewajarnya untuk membantu mangsa dan keluarga mangsa yang terlibat dalam insiden berkenaan.

SHARE

Blog Archive

disable copy content