Tuesday 15 May 2012

Fasha Sandha Disahkan Hamil

Klik pada gambar untuk gambar yang lain

Fasha Sandha diumumkan telah hamil oleh pengurusnya, Nik Yasmin melalui kiriman pesanan BBM yang dihantarkan kepada Media Hiburan sebentar tadi.

Fasha Sandha & Jejai melakukan pemeriksaan doktor sebaik sahaja pulang daripada berbulan madu dan disahkan hamil selama 2 minggu. Kedua-dua pasangan ini yang telah diijabkabulkan pada 28 April 2012 dinasihatkan doktor agar tidak melakukan kerja-kerja berat.

Manakala, Fasha melalui laman Facebooknya berkongsi berita gembira ini dengan peminat berbunyi, “Bunting pelamin. Rezeki dari Allah yangg paling bermakna buat setiap pasangan suami isteri. Syukur Alhamdulillah. Doa kami berdua dimakbulkan Allah. Terima kasih keluarga, peminat yg mendoakan kebaikan utk kami. Doakan agar kandungan awal ini sihat selalu.. Syukur. Amin.”

Tahniah buat Fasha & Jejai.

Sumber

SHARE

Blog Archive

disable copy content