Thursday 31 May 2012

Amah campur darah haid dalam kopi majikan




SINGAPURA: Seorang pembantu rumah rakyat Indonesia mengaku bersalah mencampur darah haid ke dalam kopi majikannya.

Dia dipenjarakan selama sebulan semalam atas perbuatan itu di kediaman majikannya pada 31 Ogos tahun lalu lapor The Straits Times. Mahkamah diberitahu Jumiah mahu menukar majikan selepas bekerja dengan keluarga itu selama satu setengah bulan. Bagaimanapun, permintaannya ditolak. Dia kemudian mencampur darah haidnya ke dalam minuman majikannya. Dia menyangka majikannya akan bersikap lebih baik dengannya selepas meminum minuman itu dan bersetuju untuk menghantarnya kembali ke agensi pembantu rumah.

Dia meletakkan darah haidnya dalam botol plastik pada 26 Ogos dan menyimpannya.

Lima hari kemudian, dia mencampurkan bahan itu ke dalam kopi majikannya yang berusia 37 tahun yang kemudian meminumnya sebelum pergi bekerja.

Perbuatannya itu terbongkar apabila ibu majikannya menemui botol berisi cecair berkenaan dan menyoal Jumiah mengenai kandungan itu. - Straits Times

SHARE

Blog Archive

disable copy content