PUTRAJAYA 30 April - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan
kadar gaji minimum kebangsaan bagi sektor swasta sebanyak RM900 sebulan
atau RM4.33 sejam untuk Semenanjung manakala Sabah, Sarawak dan Labuan
pula pada paras RM800 atau RM3.85 sejam.
Perdana Menteri berkata, gaji minimum itu akan meliputi semua pekerja
termasuk pekerja asing dalam semua sektor ekonomi, kecuali perkhidmatan
domestik seperti pembantu rumah dan tukang kebun.
Sambil menyifatkan persetujuan kerajaan itu sebagai hadiah istimewa
kepada golongan pekerja di negara ini sempena sambutan Hari Pekerja
esok, kata Najib, pengumuman itu akan berkuat kuasa enam bulan dari
tarikh perintah gaji minimum diwartakan. - UTUSAN