Sunday, 15 January 2012

Berita: Kapten Jack Sparrow Sebenarnya Adalah Seorang Muslim?


Kapten Jack Sparrow, siapa tak kenal dirinya?  Seorang lanun laut yang lucu, yang muncul dalam trilogi filem “Pirates of the Carribean” ini menarik minat ramai orang. Namun tidak ramai yang tahu bahawa Jack Sparrow sebenarnya adalah seorang muslim bernama Yusuf Rais!
Dalam Wikipedia telah menyatakan bahawa tokoh Jack Sparrow ditulis sebagai lanun laut “fiksyen”. Identiti Jack Sparrow terungkap dalam filem terbaru “Pirates of the Carribean: StrangerTides” yang ditayang baru-baru ini. dalam poster filem ini ada beberapa perkara yang kita tidak sedar pun.



          Poster menunjukkan sekeping aksesoris yang tergantung yang mempunyai simbol bulan dan bintang, tidak lain adalah simbol Islam yang dipopularkan semasa Kesultanan Turki Uthmaniyyah. Ini bukanlah satu kebetulan. John Ward atau Birdy atau Jack Ward adalah lanun laut yang terkenal yang berasal daripada England. Hidup pada tahun 1553-1622. Seorang pelaut Inggeris mendeskripsikan ciri-ciri fizikal Jack sebagai bertubuh pendek dengan rambut tipis keputihan dan botak di bahagian depan.

         Wajahnya agak hitam dan berjanggut. Dia banyak bercakap dan sering juga mengutuk. Sering mabuk dari pagi hingga malam. Kelakuannya tidak menyenangkan. Juga bodoh dalam berniaga.Ia menjadi lanun laut sekitar tahun 1603. Ketika itu, bersama 30 orang rakannya, Jack merampas kapal layar berukuran kecil seberat 25 tan dari Pelabuhan Portsmouth. Rakan-rakannya telah menjadikan Jack sebagai kapten kapal tersebut. Proses menjadikan Jack sebagai kapten ini tercatat sebagai sejarah pertama lanun memilih sendiri pemimpinnya.

      Berbekalkan sebuah kapal layar kecil, Jack telah menakluk kapal layar bernama “Violet” semasa bergerak ke Isle of Wight. Dengan armada yang lebih besar, dia terus melakukan aksi lanunnya sehingga dapat menakluk sebuah lagi kapal milik Perancis yang bersaiz besar.

          Armada Jack meneruskan perjalanan menuju ke Laut Tengah yang berada di antara Eropah dan Afrika. Di sana mereka merampas sebuah lagi kapal perang yang kemudian dinamakn “The Gift”. Dengan kapal perang ini, Jack dan anak buahnya menyerang peniaga yang melintasi Laut Tengah selama dua tahun berturut-turut.
Pada tahun 1605, The Gift kemudian menuju ke Sale, Maroko. Dua orang pelaut, masing-masing berbangsa Inggeris dan Belanda bergabung dengan komplotan Jack. Setahun kemudian Jack membuat perjanjian dengan Sultan Tunisia, Usman Dei, untuk menjadikan kota Tunisia sebagai markas mereka. Bermula dari sini, kegiatan lanun Jack semakin memuncak.
 

         Sebuah kapal tua seberat 60 tan bernama “Reniera e Soderina” berjaya dirampas Jack. Kapal ini kemudian karam ketika belayar di sekitar Greek setelah menewaskan 400 anak kapal di mana 250 orang di antaranya adalah muslim dan 150 yang lain adalah orang Inggeris. Kematian beratus-ratus muslim ini membuatkan rakyat Tunisia murka kepada Jack. Usaha Jack untuk mendapatkan pengampunan daripada Raja James I di England tidak berjaya. Namun Sultan Tunisia telah menepati janji dengan memberi perlindungan kepada Jack.
Sikap murah hati Sultan membuatkan Jack terpanggil untuk menjadi rakyat Tunisia (ketika itu Tunisia di bawah kuasa Turki Uthmaniyyah). Jack lantas menukarkan namanya menjadi Yusuf Rais dan mengahwini perempuan Itali namu selalu menghantar wang kepada isteri tuanya di England. Kisah pertukaran kewarganegaraan ini telah menginspirasikan seorang penulis Robert Daborne untuk menulis satu naskah berjudul “A Christian Turn’d Turk” pada tahun 1622.

Beberapa tahun berikutnya, Jack meneruskan aktiviti rampasan hingga ia mencapai kemakmuran. Sebelum bersara dan menghabiskan usianya dengan hidup bahagia di Tunis, namanya harum dan terkenal kerana menyelamatkan ribuan muslim dan yahudi Sepanyol dalam sebuah pelayaran.
Jack meninggal pada tahun 1622, ketika berusia 70 tahun, kerana wabak penyakit. Namun semasa menjelang kematiannya, Jack telah pun menukarkan agamanya dan menjadi seorang muslim.

Atas alasan sejarah itulah, pembuat filem “Pirates of the Carribean: Stranger Tides” telah meletakkan sedikit ikon muslim pada diri Jack Sparrow atau Yusuf Rais ini. Jack memakai aksesoris dengan simbol bulan dan bintang, serban merah (trend pakaian muslim masa lalu), dan janggut. Tingkah laku Yusuf Rais juga ditiru habis-habisan oleh Johny Depp semasa memegang watak sebagai Jack Sparrow.

Sumber :  Zerotional

SHARE

Blog Archive

disable copy content